"Suami Tak Guna, Menyesal Aku Kenal Kau" - Ezlynn Mengamuk



Umum mengetahui kemelut yang sedang melanda penyanyi Ezlynn dan suaminya Adam Fahmy.

Mereka kini di ambang penceraian. Ezlynn telah menfailkan penceraian dari suaminya itu, dan kes mereka sedang dalam perbicaraan mahkamah.

Namun ada satu isu kontroversi yang melanda pasangan ini apabila Ezlynn mendedahkan sesuatu yang mengejutkan.

Melalui laman media sosial, Ezlynn mendedahkan rumah nya dipecah masuk oleh suaminya itu sendiri.

Ezlynn memuatnaik beberapa keping foto rumahnya dipecah masuk dan jelas kelihatan pintu pagar besi yang telah rosak.

Penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye ini mengandaikan ianya adalah perbuatan suaminya itu.

Ezlynn juga menggelar suaminya sebagai tak guna dan menyesal mengenalinya.

Malah Ezlynn turut membuat beberapa tuduhan kepada Adam Fahmy seperti mencuri duitnya dan juga tidak mahu bekerja.

Ini tulis Ezlynn:

I came home to this?!! What the hell is this.. my home no gate anymore.. what the hell happened to the gate!! Barang hilang lagi.. kena rompak aku kerja hari hari penat Cari duit kau amik semua duit aku!! Now barang2 semua kau amik kau rosakan Rumah .. kau buat hutang aku tanggung semua.. aku diam kau naik kepala.. kau memang jahat!! Suami tak guna .. kawan tak guna ,manager tak guna.. menyesal aku kenal kau Seumur hidup aku.. hutang tak mau bayar asik bercuti je.. kerja tak mau.. ya Allah kau perdengar kanlah hati aku ini ya Allah .. dengar kan doaku ya Allah... tidak ku halal Kan setitik pun keringat aku yang sesen pun duit aku yang kau amik.. kau ada lah manusia yang paling jahat yang pernah aku kenal..

Ini beberapa gambar yang dimuatnaik:





Ezlynn dan Adam Fahmy   mendirikan rumah tangga pada 21 November 2011 namun masih belum dikurniakan cahaya mata.

Pada tahun ini , pasangan ini mula mencuri perhatian apabila Ezlynn menfailkan permohonan penceraian.

Kisah Ezlynn mula dihidu apabila penyanyi ini telah unfollow suaminya awal tahun 2017, namun Ezlynn pada mulanya menafikan rumah tangga ada masalah.

Adam Fahmy dikatakan telah bersetuju untuk menceraikan Ezlynn dan kes masih dalam perbicaraan mahkamah.

Kerana tertekan dengan isu rumah tangga, penyanyi ini pernah dimasukkan ke hospital.

Ezlynn mula popular dengan lagu hit Hi Hi Bye Bye, Sengsara, Bersamamu dan Jikalau Aku.

Penyanyi berumur 36 tahun ini juga pernah popular menerusi lagu duet bersama M Daud Kilau dan Awie.