Semua orang tahu pasal 'Villa Nabila'. Persoalannya sekarang, dia kena tanam dengan bapak dia ke? Meh sini aku cerita. #AimanThreads
So, nak share pasal banglo berhanti ini yang kat strait view (depan Danga Bay). Actually ada banyak version cerita tentang Villa Nabila ini. Tak tahu mana satu kisah yang sebenar. Kalau korang nak tahu, Villa Nabila ini kira tempat paling famouslah di Johor Bahru. Aku pun pelik kenapa tempat itu jadi famous nak mampos pasal misteri dia.
Yang aku tahu tahun lepas ada viral kes tentang seorang budak lelaki hilang di Villa Nabila. Tetapi last-last dapat tahu dia rupanya pergi tidur di rumah kawan. Alasan, takut balik rumah nanti kena marah. Aduh! Adik-adik WeChat ini suka tau mainkan perasaan orang begini.
Penduduk yang memang berasal dari Johor Bahru, mesti korang tahu punya pasal misteri rumah banglo Villa Nabila ini. Menurut cerita yang aku tahulah kan, kalau masuk genap je dalam rumah banglo itu, mesti jadi ganjil nanti.
"Macam mana tu ek?"
Contoh, masuk lapan orang, tetapi sampai dalam ada sembilan orang pulak. Ahhh sudah! Lagi seorang itu siapa pulak ek?
Perkara ini berlaku pada seorang bekas mat rempit yang bernama Ashraf. Kisah ini berlaku sewaktu zaman dia merempit dulu. Mat rempit, biasalah kan, hati kering sikit. Diorang akan cuba buat sesuatu yang orang lain tak berani nak buat. Kalau korang dah pergi Villa Nabila, tapi tak jumpa apa-apa, Alhamdulillah la.
Kadang-kadang ada saja bila nak balik dari tempat itu. Enjin kereta tak boleh nak start. Dah macam cerita Indonesia. Tetapi benda itu dah memang biasa terjadi di situ. Kalau korang nak tahu, sebenarnya ada tiga buah rumah banglo yang terbiar di Bukit Serene itu.
Rumah banglo pertama adalah milik kerabat sultan, kedua baru rumah banglo Villa Nabila dan akhirnya rumah yang terakhir sekali agak ke bahagian dalam sikit iaitu rumah banglo milik seorang doktor yang khabarnya mempunyai cerita mistik juga.
Tetapi yang paling mistik dan yang paling famous memang banglo Villa Nabila. Pasal rumah rumah doktor itu pun ada juga, tetapi belum sempat lagi nak buat research mengenai rumah itu. Mungkin di thread yang lain.
"Apsal Villa Nabila ini mistik sangat? Apakah punca dari mulut ke mulut yang selalu dikatakan di kalangan rakyat Johor Bahru?"
Aku dulu belajar di Institute Hospitality and Tourism Johor Bahru. Pernah juga mengada-ngada gatal nak datang ke Villa Nabila. Yang aku perasanlah, kawasan perumahan elit itu ada banyak rumah jenis lama. Memang ada beberapa buah rumah berhadapan dengan Pantai Lido (Danga Bay) yang sudah lama ditinggalkan dan penuh dengan semak saja.
Kalau fikir logik, dah tentu rumah yang terbiar ini memang akan ada pembeli sebab nilai hartanah yang cukup tinggi dan baik serta disebabkan tempat yang strategik. Tak jauh langsung pun dari bandar Johor Bahru. Kemudian betul-betul menghadap Pantai Lido (Danga Bay).
Secara peribadi, kalau kata Villa Nabila ini berhantu, memang aku pun tak dapat nak menafikannya. Sebab villa itu memang sudah lama ditinggalkan. Tempat-tempat yang kosong tak ada penghuni seperti ini akan menjadi tempat tinggal makhluk halus yang kita tahu dia akan sentiasa menganggu manusia.
Banyak juga cerita yang membabitkan kisah Villa Nabila ini. Ada enam versi cerita semuanya. Tak dapat nak pastikan yang mana satu cerita yang betul. Tetapi aku lebih suka, percaya dan masuk akal sikitlah dengan kisah yang paling last ini. Apa-apa, korang baca kisah-kisah ini satu persatu mengikut versi.
VERSI 1
Ada satu keluarga yang memang kaya dan hidup bahagia di villa ini. Ditakdirkan ibu dan ayah meninggal dunia, kemudian tinggalah anak mereka, Nabila, dengan orang gajinya. Nabila bakal mewarisi semua harta ibu bapanya tetapi dia dibunuh oleh orang gajinya yang kemudian mayatnya disimen di satu kawasan di rumah itu.
VERSI 2
Nabila ini memang sebuah keluarga yang kaya raya. Satu hari, banglo dia dirompak dan semua penghuninya dibunuh dengan kejam. Jadi banglo itu dibiarkan tanpa penghuni sehinggalah sekarang. Kini ia dipenuhi dengan semak samun.
VERSI 3
Keluarga Nabila kena rompak dengan sekumpulan samseng. Kemudian Nabila dirogol beramai-ramai dan dibunuh dengan kejam. Mayat Nabila kemudian ditanama di dalam dinding rumah itu.
VERSI 4
Nabila ini bahagia saja pada asalnya. Tetapi pada satu hari, bapa Nabila mengamuk dan kemudian menembak semua orang yang berada di dalam rumah itu sebelum membunuh dirinya sendiri.
Pendek kata, keempat-empat versi cerita ini agak lemah tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila ini. Ini pula versi yang seterusnya.
VERSI 5
Nama sebenar, Villa Christine Palace, bersempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari barat. Sebelum villa itu dibina, suami Christine berjanji mahu membahagikan hartanya dengan badik beradik yang berada di negara asal. Tetapi apabila dah dapat tanah itu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik beradiknya yang lain.
Kemudian adik beradik dia yang marah itu mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut naik hantu lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah itu kepada mereka yang lain selepas membunuh anaknya.
Si suami tetap berkeras, kemudian dua orang samseng terbabit bertindak membunuh isterinya pula. Namun suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali si suami juga turut dibunuh.
Villa itu dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lamanya.
Versi 5 ini ada sedikit logik. Menurut orang yang pernah ke Jalan Strait View di mana lokasi villa itu terletak, ada pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit.
Menurut cerita seorang lelaki ini, ibunya pernah memberitahu yang villa itu sudah berada di situ sejak tahun 60-an lagi. Villa itu memang sangat cantik pada masa itu.
Sekitar tahun 80-an, villa itu menjadi tempat yang meriah, yang sentiasa dikunjungi oleh ramai orang-orang kaya termasuk mat salleh. Sekitar tahun 90-an, villa itu mula kosong. Bermula dari situlah kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut.
Versi terakhir ini seperti biasalah, rumah yang ditinggalkan lama mesti ada 'penghuni' baru yang menetap. Tak mustahillah ramai yang diganggu bila masuk ke villa ini. Masa aku dengan kawan-kawan kolej masuk ke villa ini dulu pun memang agak meremang juga. Naik semua bulu yang ada.
Ada orang yang pernah masuk villa itu beramai-ramai tetapi bila dikira semula jumlah sama ada kurang atau lebih seorang. Kalau kurang seornag bermaksud ada yang disorok. Tetapi kalau terlebih seorang itu dah biasa terjadi, terutamanya di kawasan hutan-hutan ini.
Kawasan yang berhantu ini mesti ada gangguan. Ada yang masuk ke kawasan villa itu tetapi tiba-tiba enjin kereta mati dan ada benda ketuk-ketuk di bahagian atas bumbung kereta. Ada juga yang tiba-tiba terdengar lagu lama di radio. Macam-macam pengalaman orang yang dapat menguji tahap keberanian masing-masing.
So sampai sekarang orang tidak dapat mengesahkan mana satu cerita yang benar ataupun sebaliknya. Mungkin memang dirahsiakan dari orang awam. Kalau rasa tipu, korang boleh datang dan rasai pengalaman sendiri. Dan mungkin anda diperhatikan olehnya sekarang semasa korang membaca thread ini.
Sumber: Aiman Haiqal