"Lebih menyedihkan, kami pula bergaduh suami-isteri," - Luahan Jue Aziz

 
Pelakon Jue Aziz telah tampil membuat pendedahan terkini tentang dirinya.

Yang seingat BeritaMemey, kali terakhir pelakon ini muncul di kaca TV adalah menerusi drama cerekarama di TV3 berjudul  Dosa Terlindung pada awal November lalu bergandingan bersama Zamarul Hisham, best cerita tu.

Selain itu, Jue Aziz pernah muncul dalam drama sedih ketika hari raya yang lalu, lakonan bersama Wan Maimunah dalam drama Air Zam Zam Untuk Emak.

Walaupun kurang aktif dalam dunia lakonan dan wajahnya memang sudah jarang kelihatan di kaca televisyen, Jue Aziz masih lagi aktif sebagai duta produk.

Antaranya Jue Aziz telah dilantik menjadi duta kepada satu produk kecantikkan pada hujung tahun lalu.

Namun baru-baru ini Jue Aziz telah meluahkan rasa terkilan apabila kontraknya sebagai duta sebuah produk kecantikan itu telah ditamatkan secara serta merta tanpa sebab munasabah.

Jue Aziz yang kini berumur 34 tahun, berkata lebih menyedihkan, nama suaminya, Bayu Daniels, turut terkena tempias apabila dituduh dengan perkara yang bukan-bukan.

Ini menyebabkan dia dan suami pernah bergaduh.

Baca pendedahan dari Jue Aziz tentang hal ini:

"Saya menandatangani kontrak selama setahun bersama pengeluar produk berkenaan, bermula November tahun lalu. Tetapi, kontrak itu ditamatkan dengan serta-merta tanpa sebab.

"Sukar untuk saya menjelaskan perkara itu secara terperinci, namun saya sedih apabila kerjasama ini diakhiri dengan cara tidak baik.

"Lebih menyedihkan, suami juga turut terkena tempiasnya, sehingga kami pula bergaduh suami-isteri,"

Menurut Jue, yang membuatkannya lebih rasa tidak berpuas hati adalah apabila wajahnya masih digunakan pengeluar produk berkenaan meskipun tidak lagi terbabit dengan jenama itu.

Ditanya adakah Jue sudah serik untuk menjalinkan kerjasama dengan syarikat kecantikan selepas apa yang berlaku, pelakon itu akui ada berasa sedikit terganggu dengan kejadian itu.

Ini komennya:

"Meskipun begitu, saya percaya ramai lagi pengasas produk yang bersikap jujur di negara ini. Malah, saya takkan berputus asa apabila gagal dalam melakukan sesuatu perkara.

"Diakui, pada awalnya, memang saya berasa serik. Namun apabila difikirkan semula, ia adalah lumrah jatuh bangun sesebuah perniagaan.

"Apa yang penting, saya mahu membersihkan nama yang sudah tercalar, akibat masalah bersama syarikat produk saya wakili sebelum ini,"

Semoga Jue Aziz tabah dengan dugaan yang melanda. Semoga kerjaya Jue Aziz sebagai pelakon kembali bersinar seperti dulu kala. Bakat Jue Aziz memang hebat dan mempunyai ramai peminat tersendiri.

Jue Aziz berkahwin dengan pemuzik dari negara seberang Indonesia, Bayu Daniels telah mempunyai seorang anak angkat Darwish yang kini berusia empat tahun.

Sumber: BeritaHarian