(VIDEO) Tembual Penuh DS Vida Bersama Elyana, Buat Pendedahan Terperinci Penyakit Barah Yang Dihidapinya


Memang satu kejutan yang amat besar berlaku di konsert Gegar Vaganza musim ke empat pada minggu kelima ini.

Setelah para peserta berhempas pulas membuat persembahan dan memberi aksi yang terbaik, akhirnya penyanyi Elyana telah disingkirkan.

Kata ibu Hetty Koes Endang, ada nyanyian Elyana yang agak flat dan penghayatan penyanyi ini agak kurang ketika membuat persembahan.

Setelah diumumkan tersingkir, Elyana diberi peluang memberi sepatah dua kata dan penyanyi ini membuat satu pengumuman yang agak mengejutkan.

Elyana membuat pengumuman iaitu beliau kini sebenarnya sedang bergelut melawan barah tahap 4 yang sedang di alaminya.

Ramai yang tak sangka dengan kata-kata Elyana itu dan dapat dilihat riak wajah para penonton di dewan dan juga para peserta lain yang tergamam kerana kerkejut.

Elyana kemudian mencuri tumpuan para wartawan untuk bertanya kisah kanser yang dialaminya apatah lagi dia sudah berada di tahap empat.

Penyanyi ini sudah tujuh tahun menghidap penyakit barah yang diberi nama barah lymphoma.

Lymphoma adalah merupakan kanser darah dari jenis lymphocyte yang tugasnya adalah untuk melawan penyakit.

Selalunya ia berada di kawasan lymph node atau nodus limpa yang terletak di leher, di kawasan ketiak di bahagian hati, bahagian groin dan kesemua saliran limfatik.

Ini pengumuman Elyana:

"Sudah tujuh tahun saya merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan mereka. Saya berasakan cukuplah selama ini saya mendiamkan perkara ini daripada pengetahuan mereka.

"Sepanjang tujuh tahun saya menghidap kanser, saya cuba mencari cara dan waktu terbaik bagaimana saya mahu memberitahu kepada peminat. Dan saya berasakan apabila saya tersingkir dari GV4, ia adalah satu peluang,"

Elyana atau naam penuhnya Emeelya Elyana Emrizal berumur 30 tahun dan cukup popular dengan lagu Kalis Rindu, Tak Tercapai Akalmu, Diriku Tapak Sulaiman dan banyak lagi.

Dia juga meruapkan pelakon dan pernah berlakon dalam drama yang agak popular iaitu Dunia Baru.

Tujuh tahun menyembunyikan hal ini, Elyana rasa dia perlu memberitahu umum memandangkan ramai yang membuat dakwaan dan menuduh dia sombong dan tidak lagi mahu menyanyi.

Ini komen Elyana: 

"Sebaik disahkan doktor saya menghidap kanser selepas melahirkan Cinta Sumayyah tujuh tahun lalu saya menghilangkan diri bagi membolehkan menjalani rawatan.

"Waktu itu memang saya tidak melayani sebarang permintaan peminat dan menolak tawaran yang datang. Disebabkan itu ada pihak sudah beranggapan saya sombong dan sudah berhenti menyanyi. Sedangkan perkara itu tidak berlaku,"

"Selama tujuh tahun saya merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan orang di luar sana. Saya tidak mahu menipu lagi, terutama kepada peminat dan cukuplah selama ini saya diamkan sahaja.

"Sepanjang tempoh itu juga, saya cuba mencari jalan dan waktu terbaik bagaimana caranya untuk saya memberitahu peminat. Hari ini saya rasa seperti dah hampakan peminat sebab saya masuk GV 4 ini untuk mereka"

Jelas Elyana sepanjang tempoh tujuh tahun itu, dia telah berusaha untuk menjalani rawatan di dalam dan luar negara.

Ini jelas Elyana lagi:

"Bagaimanapun buat masa ini saya menghentikan rawatan di hospital buat sementara waktu dan mencuba rawatan alternatif,"

Kata Elyana apabila ditanya dari mana dia memperoleh kekuatan sepanjang tujuh tahun berhadapan dengan penyakit kanser, jelasnya ia datang daripada Allah SWT.

Akhirnya penyanyi ini meluahkan rasa lega apabila dapat berkongsi mengenai penyakit yang dideritai bersama keluarga, teman rapat dan para peminat.
Sementara itu, selepas tamat Gegar Vaganza dan telah tersingkir, Elyana telah ditemubual oleh penaja utama Gegar Vaganza iaitu DS Vida.

DS Vida telah bertanya Elyana tentang penyakit barah yang sedang dialaminya.

Melalui video itu, Elyana telah berkongsi beberapa perkara tentang penyakit kanser lymphoma yang dialaminya itu

Ini videonya:


Sementara itu, Elyana menjelaskan memang ada satu ketika dia sukar hendak tidur kerana bimbang sesuatu akan terjadi.

Malah ada satu ketyika, doktor mengatakan dia hanya ada masa setahun untuk terus hidup.

Ini komen Elyana:

"Saya fobia hendak tidur malam kerana takut tidak dapat melihat dan berjumpa dengan anak saya lagi. Itu saja ketakutan saya hampir setiap hari,"

"Saya tahu ada yang kata saya sombong tolak persembahan semua, sedangkan badan saya ketika itu sedang mengembang dan rambut gugur.

"Doktor beritahu saya ketika itu saya hanya ada setahun untuk hidup. Saya nekad berhenti kimo dan cabar diri saya untuk berjuang. Syukur umur saya panjang sampai hari ini,"

Semoga Elyana sentiasa kuat hadapi dugaan ini. Semoga cepat sembuh Elyana!

Sumber: Harian Metro/ Berita Harian