7 Video: Inilah Aksi Pelik Iqram Dinzly Menari Sakan Sampai Digelar "Tak Betul"


Pelakon Iqram Dinzly kini digelar ramai pihak sebagai 'pelik' ekoran tindak tanduknya yang lain dari yang lain.

Sebagai seorang selebriti, apabila melakukan perkara yang agak pelik ianya akan menjadi viral sekelip mata.

Iqram Dinzly sejak akhir-akhir ini dilihat gemar membuat video live di Instagram dan menari sakan.

Menjawab aksinya yang pelik itu, pelakon berumur 36 tahun ini tampil menyatakan di kini bahagia dalam kehidupannya sekarang.

Iqram berkata ianya langsung tidak pelik dan mahu orang ramai jangan menyibuk tentang kehidupannya.

Ini jawapan dari Iqram Dinzly:

"Tiada apa yang pelik dan netizen tidak perlu menyibuk apa saya buat. Mereka bukan Tuhan untuk menilai saya,"

Bagi Iqram Dinzly, sesetengah netizen dan haters yang mengkritik dirinya itu sebenarnya mempunyai sikap busuk hati.

Ini komen Iqram lagi:

"Nama pun pelakon apa salahnya saya bermain dengan teknik lakonan di alam maya. Mereka yang mengecam ini bersifat busuk hati.

"Tiada apa yang pelik dan saya menjadi diri sendiri, Saya hanya makan epal hijau dan buah-buahan di kediaman saya dinamakan Talaqqi Dinzly Studio.

"Tambah pula saya mengambil aura dan semangat arwah bapa kerana tempat itulah dia selalu makan dan menghabiskan masanya"

Pelakon ini juga berharap orang ramai berhenti fikir yang bukan-bukan tentang dirinya kerana kehidupannya semakin bahagia.

Ini pendedahan Iqram Dinzly:

"Saya ingin maklumkan yang kehidupan saya jauh lebih bahagia berbanding sebelum ini. Banyak perkara yang saya cari selama ini.

"Sesat barat saya fikirkan namun bersyukur saya kini menemui kebahagiaan selepas segala pengajaran dan ilmu yang ditimba dengan guru yang bersama sepanjang 36 tahun saya hidup"

Iqram turut menegaskan, dia kini mahu dikenali sebagai Princhiqy Dinzly dan jangan panggilnya dengan nama Iqram lagi.

"Jangan panggil saya Iqram. Saya mahu dikenali dengan nama Princhiqy sekarang"

Di laman IG nya memang bayak video tarian yang dilakukan.

Ini antara videonya:


Perangai pelik Iqram Diznly bermula diperkatakan sejak Oktober lalu.

Ada beberapa gambar di Instagram termasuklah selfie bersama bapanya ketika sakit serta gambar di tanah perkuburan arwah bapanya sehingga mengundang pelbagai reaksi negatif.

Iqram juga dilihat semakin kurus selain fesyen berserbannya yang mencetuskan tanda tanya.

Bapa Iqram Dinzly meninggal dunia 10 Oktober lalu kerana penyakit diabetes dan darah tinggi serta diserang angin ahmar.

Sumber: Harian Metro