Fasa awal perkahwinan semuanya manis, tapi bila dah jadi ibu bapa hidup berubah 360' - Wanita kongsi cara kekalkan kebahagiaan rumahtangga


Fasa awal perkahwinan memang semuanya indah. Namun ada beberapa fasa yang seterusnya agak mencabar di mana masing-masing diuji dengan pelbagai dugaan yang berkaitan seperti kesetiaan, kesabaran, perangai sebenar, kewangan, ekonomi dan lain-lain. 

Namun, bagaimana mahu membina rumah tangga yang bahagia berterusan? Itu persoalan yang seringkali bermain di fikiran setiap pasangan dan Puan Nur Shazmira Khalid kongsikan caranya dengan anda, lebih-lebih lagi untuk pasangan PJJ. Semoga bermanfaat.

BILA ISU 'PERGI BILIK AIR DAH RINDU'

Adik cuma nak cerita, adik nikah masa umur 22 tahun. Umur 23 dah dapat baby. Sekarang dah 27 tahun. Jadi, usia pernikahan kami dah menjangkau lima tahun. Mungkin kami berdua kecil dan nampak sedikit muda, hakikatnya otak mesti tua (untuk menempuh alam rumah tangga).

Di fasa awal perkahwinan semuanya manis. Kentut pun wangi beb! Suami kau pakai boxer koyak pun tetap nampak sweet. Rambut patern macam mana pun kau tak kisah. Setiap masa kau akan tilik suami kau. 

Siap boleh tolong lilitkan tuala mandi di pinggang. Mandi kau sabunkan dia, dia sabun kau. Kau shampoo rambut dia, dia shampoo rambut kau. Kau pakaikan baju dan seluar, potongkan kuku tangan dan kaki, sikatkan rambut, sarungkan stoking, sarungkan kasut, ikatkan tali kasut, startkan enjin kereta/motosikal. 


Oh! Bahagianya pengantin baru

Tapi hidup kau akan berubah 180' darjah bila kau start mengandung. Masa itu kalau kau ada 'morning sickness', kau akan berubah dari segi mental dan fizikal. Kau tak boleh tengok muka dialah. Kau tak boleh bau badan dia, kau tak boleh tengok patern rambut dia yang tak sedap mata kau. Dia nak makan tom yam tapi kau tak boleh bau langsung tom yam. Sampai bergaduh dalam kereta isu tom yam (masa pregnant Ikhwan dulu). Hahaha, sabor je lah.

Hidup kau terus berubah 360 darjah bila kau dah jadi ibu dan dia dah jadi ayah. Kau dah tak ada masa nak belek kuku dia, sikat rambut dia, lilitkan tuala di pinggang dia, sabun badan dia, shampoo rambut dia. 

Masa ini, kau lebih pentingkan diri kau dan anak yang baru lahir. Dia? Dia kena berdikari sendiri. Masa inilah suami akan diuji dengan pelbagai ujian dari Allah. Masa ini jugalah akan ada kehadiran (si penumpang kasih yang tak diundang). Lagi-lagi kalau kau berpantang di kampung halaman, suami kau di bandar bekerja dan tinggal keseorangan. Jadi kau yang dalam pantang kena sentiasa berdoa supaya suami kau dilindungi dari wanita yang berniat jahat terhadap hubungan kau. Nauzubillah.


Hidup diteruskan dengan kunci suami. Bila anak dah besar sikit, masa inilah kau kena rapatkan sehabis baik hubungan suami dengan kau dan anak kau. Kau masaklah apa pun walaupun tak sedap, suami tetap suka makan sebab itu air tangan kau. Makan dengan suami dan anak di rumah lebih membahagiakan dan meriah, kan? 

Perlu diingat teknik kunci suami bukan sekadar telan jamu berbotol-botol. Kau wajib teruskan aktiviti pengantin baru dulu. Mandi bersama, lilitkan kembali tuala di pinggang dia, kau sabun dia, dia sabun anak, anak sabun kau. Tak ke bahagia macam tu? Meriahnya bilik air. 

Tidur masih berbantalkan dada dia walaupun perut dia dah sedikit meninggi mengalahkan kau, eh! Tak apa kerana itu tandanya dia lebih bahagia.

Lima tahun pertama adalah fasa penuh ujian kiri dan kanan. Tapi perlu diingat masa nilah kau dan suami kena perbaiki hubungan dengan Yang Maha Pencipta. Didik suami jadi imam terbaik kau dan suruh dia bawa anak kau (anak lelaki) pergi berjemaah di masjid. Supaya anak kita cintakan rumah Allah itu. 

Lima tahun ini kalau boleh suami isteri yang jarang baca Al-Quran dah perlu paksa diri membaca kitab suci peninggalan Nabi Muhammad S.A.W paling sikit Al-Mulk sebelum tidur. Kemudian diteruskan dengan Al-Waqiah selepas magrib dan Al-Mulk selepas isyak. Upgrade lagi, Yassin selepas Subuh. In Syaa Allah hidup akan tenang dan Allah akan merahmati rumah tangga yang dibina. 

Masa ini sikap redha akan muncul terhadap apa jua yang terjadi walaupun dari pelbagai masalah (kewangan, jatuh bangun dalam business, tempat kerja, kawan-kawan).



Bagi yang berjauhan? Amalkan setiap kali berjumpa. In Syaa Allah hidup isteri yang berjauhan dengan suami (yang merantau mencari rezeki) akan redha walaupun sentiasa bertemankan air mata rindu. Berdoalah sentiasa; 

"Ya Allah jika kami berjauhan begini akan lebih mendekatkan ketaatan kami pada-MU, kau berkatilah ia dan lindungilah kami di bawah perlindungan-Mu dan rahmat-Mu."

Jadi, bila jenguk bilik air pun dah kosong dan tak semeriah dulu. Sebagai isteri kau kena dekatkan hati supaya lebih mencintai Allah dan Rasulnya. Percaya bahawa cinta kau dan dia akan dipelihara sentiasa oleh Allah S.W.T. 

Bila kau rindukan dia (suami) sedekahkan Al-Fatihah supaya Allah kirimkan rindu kau ke dalam hatinya.

Khas buat isteri yang PJJ dengan suami

Nurkilan ikhlas: