"Keluar sama perut, belum tentu sama sikap" - Kenyataan Kakak Aliff Syukri


Dato Aliff Syukri merupakan satu nama yang amat popular di Malaysia dan kini dikenali sebagai seorang selebriti. Kini Dato Aliff Syukri tampil dengan lagu terbaru berjudul Abang Nak Tegur yang menampilkan Nur Sajat dan juga isterinya.

Untuk pengetahuan, Dato Aliff Syukri mempunyai seorang kakak bernama Yatie yang kini merupakan orang kuat jenama popular Sendayu Tinggi.

Semalam melalui laman IG milik Yatie, dia telah meluahkan rasa hatinya tentang populariti mereka yang mempermainkan agama dan menukar jantina.

Sejak akhir-akhir ini, lelaki berpenampilan wanita sudah mula menjadi perhatian dan kehadiran mereka seperti telah diterima oleh masyarakat.

Ketika era media sosial menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat hari ini, segelintir lelaki yang berperwatakan wanita, malah berani tampil bertudung mula membimbangkan para agamawan.

Memang amat ramai yang suka menjadi wanita semata-mata gilakan publisiti dan tidak menimbang pahala dan dosa lagi, janji popular dan masyuk!

Walhal dengan jelas ada agamawan seperti Da'i Wan yang dengan terang lagi bersuluh telah mengatakan bahawa adalah 'haram' jika lelaki menjadi wanita walaupun untuk parodi.

Yatie, kakak kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman telah memuat naik kenyataan berhubung isu ini di laman Instagramnya pada Ahad malam.

Ini kenyataan dari Yatie:

"Berat rasa nak menaip. Nanti ada yang cakap acah-acah baik... tapi, kita sebagai netizen kena berhenti berkongsi dan mempopularkan mereka yang terang-terangan memainkan agama dan tukar jantina ini.

"Kita lebih menggalakkan untuk mereka bersaing siapa punya isu yang lebih viral," .

Posting tersebut menerima sokongan yang menggalakkan daripada para pengikutnya dan rata-rata mereka bersetuju dengan pesanan yang disampaikan oleh wanita yang juga merupakan seorang usahawan Sendayu Tinggi, satu jenama yang amat besar di Malaysia.

Menunjukkan ketegasannya dalam isu ini, Pengarah Eksekutif Sendayu Tinggi yang berusia 34 tahun itu turut membalas komen netizen yang mengaitkan strategi pemasaran adiknya, Aliff Syukri yang dianggap berlainan dengannya sebagai 'sesuatu yang salah'.

"Yang salah tetap salah," tulis Yatie lagi.

Ada juga netizen mahu Yatie juga memberitahu adiknya Aliff Syukri yang dikatakan turut mempromosikan perkara berkenaan.

Ini antara komen netizen"

"Dialah antara orang yang menggalakkan dan mengenalkan orang pada mereka tu juga. Orang kenal dan viral juga melalui itulah. Dengan lagu dan video gandingan mereka di Instagram dan sebagainya,"

Kemudian Yatie membalas, walaupun mereka adik beradik namun sikap mereka lain. Dia juga berharap adiknya itu akan dipandu ke arah yang betul.

Ini komennya:

"Keluar sama perut belum tentu sama sikap. Mudah-mudahan kita semua dipandu ke arah yang betul dan baik. InsyaAllah."

Ini fotonya:


Luahan dari Yatie ini telah mendapat sokogan padu dari para followernya. Ternyata ramai bersetuju dengannya.

Yatie dengan rendah diri berkata, dia tidak berniat untuk menghukum sesiapa.

Dia hanya menggalakkan netizen agar tidak lagi menyokong perbuatan menaikkan populariti golongan sebegitu dan menganggap ia seolah perkara biasa.

Ada betul juga kata Yatie ini, kalau orang ramai yang tak ambil peduli, maka golongan ini tidaklah popular. Namun zaman kini, perkara seperti ini sering menjadi tumpuan.

Sumber: IG Yatie / mStar