Hendak menjawab, tak terdaya kerana mengenangkan diri hanya sekadar menantu. Sesekali dia terpaksa memendam rasa dalam hati tanpa diluahkan kepada suami, bimbang lelaki itu pula terasa. Sedangkan ketika dia mengandung, ibu mertua langsung tak peduli. Bila anak sudah dilahirkan, baru mula nak peduli.
SAYA nak meluahkan perasaan saya yang tidak tahan dengan perangai mak mertua. Usia baby saya baru genap sebulan. Selepas habis berpantang, saya dan baby terpaksa balik ke rumah suami sebab mak dan ayah dia kata rindukan cucu.
1. Sampai di rumah mertua, suami meminta saya bawakan baby ke dalam bilik di tingkat atas. Mak mertua tak bagi, dia kata nanti kitorang buat baby macam 'rusa masuk kampung' sebab mengecam tempat. Mak mertua suruh letak baby tidur di dalam bilik dia.
Selepas itu mak mertua suruh saya pergi mengemas bilik saya. Masa saya berada di bilik atas, saya terdengar baby menangis tetapi mak mertua tak nak bagi baby dengansaya. Masa saya turun tengok baby selepas setengah jam kemudian, muka baby sudah ada kesan calar dan berdarah.
Saya tak pernah bagi baby saya pakai sarung tangan. Masa di rumah mak saya, baby okey saja. Tak pernah buat muka calar balar sampai berdarah. Tetapi mak mertua menyalahkan saya tak bagi baby pakai sarung tangan.
Hari kedua berada di rumah mertua, saya perasan kuku jari jemari mak mertua panjang dan tajam.
2. Sewaktu mandikan baby, saya cuci muka baby menggunakan kapas. Badan baby saya siram dengan air menggunakan tangan. Mak mertua saya pagi ini jam lapan pagi kata dia nak mandikan baby tetapi saya tak bagi. Tetapi dia tetap tak pedulikan saya.
Masa dia memandikan baby, saya nampak dia lap muka baby dengan menggunakan tangan dia. Dia mandikan badan baby menggunakan container. Selepas habis mandikan baby, dia kata saya tak pandai mandikan baby. Dia kata selepas dia mandikan baby, baby happy, tangan dan kaki baby pun bertenaga.
Dia kata, saya mandikan baby, baby jadi tak selesa sebab saya guna tangan siram air saja. Dia kata saya mandikan baby tak wangi. Dia mandikan, baby jadi sangat wanit sebab banyak syampu yang dia gunakan.
3. Saya bagi baby minum susu ibu. Mak mertua setiap hari kata susu ibu saya tidak mencukupi. Padahal baby saya semakin hari semakin bam-bam.
4. Mak mertua suruh saya sapu minyak kapak pada baby, katanya nanti baby jadi sangat wangi. Saya buat baby tak wangi langsung. Mak mertua kata ipar-ipar saya yang lain pun buat begitu pada anak-anak mereka.
5. Saya tak bagi baby tidur dalam buaian. Mak mertua kata tanpa buaian, baby tak dapat tidur. Malah dia kata saya buat baby tak tidur.
6. Semasa saya burp baby, mak mertua kata cara yang saya buat terlalu kuat membuatkan baby sakit dan tidak selesa.
Saya betul-betul marah dengan cara percakapan mak mertua saya sebab dia macam salahkan mak saya. Mak saya yang mengajar saya mandikan baby, mak saya yang mengajar saja menjaga baby. Mak mertua saya cakap, dengar cakap dia tak akan salah, saya yang salah.
Baby dalam kandungan saya selama sembilan bulan. Masa beranak, saya sakit selama 18 jam. Baby saya keluar kena incubated sebab tak bernafas. Saya sebagai mak, adakah saya akan buat baby saya sakit dan tidak selesa?
Kenapa mak mertua selalu salahkan saya? Masa saya mengandung, mak mertua langsung tak pedulikan saya. Kenapa bila baby dah dilahirkan, baru sekarang dia jadi begini? Saya betul-betul stress dengan perangai mak mertua saya ini.
Sumber: Kisah Rumah Tangga