(VIDEO) Peminat Menangis Meratapi Kematian Penyanyi Kpop
Baru-baru ini telah dikejutkan dengan satu beritatentang penyanyi Kpop yang meninggal dunia secara mengejut.
Penyanyi Kpop bernama Jonghyun, 27 tahun dari kumpulan Shinee ditemui tidak sedarkan diri di bilik hotel di Seoul pada hari Isnin yang lalu dan dikatakan mati selepas tiba di hospital.
Polis mengatakan Jonghyun telah menghidu asap karbon monoksida berpunca daripada arang yang dibakar di dalam biliknya dan telah mengklasifikasikan kematiannya sebagai bunuh diri.
Kira-kira 100 peminat berkumpul dengan menyalakan lilin berhampiran Dataran Merdeka semalam sebagai memperingati pemergian Kim Jong-hyun.
Menurut laporan dari NST Online, perhimpunan itu dihadiri daripada pelajar dari sekitar Lembah Klang, dengan memegang obor, kayu, belon dan bunga.
Dari laporan dari portal Malaysiakini pula, kebanyakkan peminat menitiskan air mata kerana terpaksa melepaskan pemergian Jonghyun yang mengejutkan ini.
Para peminat turut mengibar sepanduk serta gambar mendiang Jonghyun ketika upacara memperingati itu berlangsung. Mereka juga meletakkan bunga pada potret Jonghyun dan berharap agar mendiang tenang disana.
Ini videonya:
Bagaimanapun, foto peminat berhijab yang menghadiri upacara tersebut menerima reaksi negatif netizen.
Rata-ratanya menyatakan rasa terkejut dengan tindakan mereka yang dianggap melanggar batas sebagai seorang muslim apatah lagi sebagai perempuan muslimah.
Malah ada juga sebahagian peminat K-Pop di Malaysia tidak bersetuju dengan perbuatan ditunjukkan oleh peminat bertudung yang hadir ke upacara tersebut.
Dari laporan di negara Korea Selatan, Jonghyun dikatakan menghidap penyakit ‘Seasonal Affective Disoder (SAD) atau dikenali sebagai sindrom gangguan musim.
Penyakit ini akan muncul pada musim-musim tertentu misalnya musim sejuk atau musim luruh.
Pengakuan mengenai penyakit ini didedahkan oleh Jonghyun sewaktu menjadi tetamu dalam program radio bertajuk 'Blue night radio' sebelum ini.
Sumber/ Foto: Malaysiakini / NST