Zulin Aziz Pula Dedah Perangai Iqram Dinzly Yang Ramai Tak Tahu
Kini umum mengetahui kisah pelakon popular, Iqram Dinzly yang sedang hangat diperkatakan orang ramai.
Semuanya bermula dengan tersebarnya beberapa video Iqram Dinzly di laman media sosial Instagram secara live yang menunjukkan aksi-aksi yang dikatakan agak pelik.
Beberapa video telah menunjukkan pelakon berumur 36 tahun ini menari sakan mengikut alunan lagu yang dipasang.
Ada juga aksinya yang dikatakan agak lain dari yang lain sehingga ada mengatakan tindak tanudk Iqram ini seperti seseorang yang 'tidak betul'.
Seorang rakan artis iaitu Zulin Aziz mendedahkan bahawa sebenarnya Iqram Dinzly seorang yang amat baik.
Zulin telah mendedahkan sisi lain Iqram Dinzly yang ramai orang tidak tahu.
Kata Zulin, Iqram merupakan antara rakan artis yang tidak melupakan solat. Apabila ke mana sahaja, solat sentiasa akan dijaga oleh Iqram Dinzly.
Malah apabila datang ke rumah Zulin Aziz, Iqram Dinzly juga meminta tumpang untuk menunaikan solat.
Ini pendedahan Zulin Aziz:
"Iqram Dinzly ini memang solat tak tinggal. Lepak dengan dia kat mall cari surau. Datang open house rumah aku mintak tumpang solat. Bukan di buat-buat pun. Doakan yang baik untuk dia. Dia orang yang baik.
Apabila videonya tersebar, ada pihak yang menecam Iqram sehinggakan pelakon ini mengamuk dan membalas dengan kata kata kesat.
Menjawab tentang hal ini, Zulin sendiri tidak faham dengan sesetengah pihak yang cuba provoke Iqram.
Ini komen Zulin:
"Aku tak faham yang sejenis pergi kat live si Iqram Dinzly tu pastu maki-maki dia. Mana lah tau dia stress ke apa ke kau tambah lagi buat apa. Kesian aku tengok. Bagi lah dia semangat ke doakan kan dia ke.
"Adakah bagi kamu bercakap yang baik itu satu benda yang susah? Dan yang tak baik itu satu kewajiban?
Kemudian ada seorang peminat yang bertanya kepada Zulin untuk bertanya kepada Iqram kenapa menjadi begitu.
Ini komen peminat terbabit:
"InsyaAllah kami doa yang baik baik tapi please apa kata sis pergi jumpa tanya dia kenapa jadi macam tu? Kan kenal dia. Tanya, dia saja ke nak buat macam tu? Orang yang tak kenal dia mesti la scary tengok dia buat macam itu
Ini respon balas Zulin Aziz:
"Pada mulanya dia menari je. Tapi bila orang usik dia... kata dia macam-macam, sebuk hal dia... mungkin sebab tu dia buat lagi teruk pasal dia geram sangat dah.. hati dia siapa yg tahu..."
Ini fotonya:
Itulah komen dari rakan artis Iqram Dinzly iaitu Zulin Aziz tentang sikap Iqram itu.
Orang ramai mula rasa risau dengan sikap aneh yang ditonjolkan oleh Iqram Dinzly yang bermula setelah ayahnya meninggal dunia beberapa bulan yang lalu.
Sehingga kini, Iqram Dinzly ada membuat kenyataan bahawa dia buat demikian hanya untuk menarik perhatian sebagai marketing untuk memperkenalkan perniagaan terbarunya.
Sumber: Twitter Zulin / BeritaMemey