'Baru study mak bapak bagi kereta dan duit poket setiap bulan, itu kau kata struggle?'


Kebanyakan anak-anak muda zaman ini terlalu dimanjakan sehingga terlupa cara untuk berdikari. Apabila disuruh berusaha sedikit untuk mendapatkan sesuatu, mulalah mereka merungut dan memberikan pelbagai alasan.

Namun bila dipandang pada gaya hidup mereka, langsung tidak kelihatan seperti orang susah seperti mampu berbelanja di kedai atau restoran mahal, memiliki gajet mewah dan sebagainya.

Tetapi apakah maksud struggle yang sebenarnya? Ini pandangan Suhaila Adam yang patut anda hadamkan.

Kau belum habis study lagi mak bapak dah bagi sebuah kereta dan duit poket setiap bulan. Bila sudah habis study, pergi temuduga di mana-mana naik kereta, dapat kerja. 

Bila nak sewa rumah, deposit rumah sewa pun mak bapak support lagi. Nak tunggu gaji pertama, duit poket mak bapak dah hulurkan dulu. 

Weekend, kau pergi melepak sana sini, makan di kafe hipster yang menu air sirapnya pun harga RM7.00. Itu yang kau kata struggle? Kat mana yang kau struggle dengan hidup kalau purse kau tak pernah tak ada duit? 


Orang yang ke hulur ke hilir naik bas, KTM, LRT segala macam pengangkutan awam sampai mencecet-cecet peluh semata-mata nak pergi temuduga, itu baru orang panggil struggle. 

Kau pernah kira duit syiling nak bayar nasi bujang? Tak pernah kan? Tak payah nak sembang kata kau orang susah. Tolong bersyukur sikit, boleh?

Kau sedar tak, ada orang yang terpaksa berhenti study sebab tak ada duit. Ini aku ulang, berhenti study sebab tak ada duit. 

Hidup ini jangan pandang langit sangat. Tunduk sikit tengok bumi, reti? Sekian. 

Sumber: Suhaila Adam