Beberapa kawasan di Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air bermula Selasa, 6 Mac sehingga 9 Mac, Jumaat depan berikutan kerja-kerja pembaikan peralatan kritikal selama 10 jam di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3), lapor The Star.
Dalam laporan Utusan Malaysia, sebanyak 427 kawasan yang akan terjejas termasuk Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Langat.
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) berkata, kerja-kerja pembaikan yang dilaksanakan oleh Pengeluar Air Sungai Sdn. Bhd. itu akan mengambil masa selama 10 jam bermula jam 8 pagi hingga 6 petang bermula Selasa depan menyebabkan operasi loji dihentikan sepenuhnya.
"Ketika ini, loji menghasilkan 800 hinga 820 juta liter air sehari. Dengan jumlah sebesar ini, tempoh pemulihan bekalan air kepada pelanggan akan berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung pada lokasi geografi dan altitud premis pelanggan," menurut kenyataan Syabas semalam.
Tempoh gangguan bekalan air mengikut wilayah:
- Petaling: 8 pagi (06/03/2018) hingga 9 malam (07/03/2018)
- Klang/Shah Alam: 8 pagi (06/03/2018) hingga 9 pagi (09/03/2018)
- Gombak: 8 pagi (06/03/2018) hingga 12 tengah malam (08/03/2018)
- Kuala Lumpur: 8 pagi (06/03/2018) hingga 9 malam (08/03/2018)
- Kuala Langat: 8 pagi (06/03/2018) hingga 3 petang (07/03/2018)
- Hulu Selangor: 8 pagi (06/03/2018) hingga 9 malam (07/03/2018)
Klik gambar untuk tumbesaran |
Justeru, Syabas menasihatkan semua pelanggan untuk menyimpan air secukupnya sebelum 6 Mac ini.
Syabas juga akan mengemaskini maklumat dan perkembangan terkini berhubung perkara itu di laman web www.syabas.com.my, Facebook Air Selangor, Twitter Air Selangor dan aplikasi telefon pintar 'mySyabas' untuk makluman para pengguna.