Terkejut seorang lelaki apabila pihak bomba menghantar seramai 18 anggota bomba bersama dengan satu jentera dan van ambulans untuk membantunya selepas menerima panggilan kecemasan berikutan pintu keretanya tidak dapat dibuka dan kunci tertinggal di dalam kereta.
Apa yang melucukan, Taufiq Ahmad, tidak menyangka sehingga begitu ramai dan kesemua anggota berkenaan lengkap dengan seragam dan peralatan datang membantunya, membuatkan dia rasa bersalah kerana telah menyusahkan pihak bomba. Namun pihak bomba menjelaskan bahawa itu adalah prosedur kerja mereka apabila menerima panggilan kes kecemasan dari orang awam.
I love you abang bomba. Serius aku tak boleh tidur sebab masih terfikir dan tak mahu tidur juga sebenarnya selagi tak kongsikan kejadian ini di Facebook. Hahaha!
Apa yang melucukan, Taufiq Ahmad, tidak menyangka sehingga begitu ramai dan kesemua anggota berkenaan lengkap dengan seragam dan peralatan datang membantunya, membuatkan dia rasa bersalah kerana telah menyusahkan pihak bomba. Namun pihak bomba menjelaskan bahawa itu adalah prosedur kerja mereka apabila menerima panggilan kes kecemasan dari orang awam.
I love you abang bomba. Serius aku tak boleh tidur sebab masih terfikir dan tak mahu tidur juga sebenarnya selagi tak kongsikan kejadian ini di Facebook. Hahaha!
2 Mac 2018, aku takkan lupa tarikh ini, tarikh bersejarah dan peristiwa yang sangat melucukan berlaku dalam hidup aku.
Jam 6.13 petang, aku balik ke Sulaman selepas selesai mengambil kereta sewa dari penyewa. Keluar dari kereta, terus terkunci pintu dan rupa-rupanya aku belum cabut kunci dan kunci tertinggal di dalam.
Aku sempat post di status WhatsApp minta tolong dari kawan-kawan tetapi tiada seorang pun yang respon. Hampir 10 minit aku buntu dan berfikir macam mana nak buka kereta ini sebab kunci spare memang tak ada, dah hilang.
Fikir punya fikir, dapatlah idea nak menghubungi bomba. Aku call Fadhil Muaz, kawan di UiTM dulu yang bekerja sebagai anggota bomba. Nak rujuk dia sama ada boleh atau tidak menghubungi bomba untuk membantu maslah aku ini sebab esok kereta ini nak diserahkan kepada penyewa baru awal pagi esok. Bengkel di Sulaman ini memang tiada sebab sudah tutup.
Menurut Fadhil, di Semenanjung tempat dia kerja kalau kucing tersangkut atas pokok pun orang call bomba, membuatkan aku yakin untuk menghubungi bomba. Aku ceritakan masalah aku kepada operator sebelum memberikan lokasi.
"Kami akan hantar anggota ke lokasi encik secepat yang mungkin" kata operator.
4 minit jugalah bercerita dengan operator balai bomba tu |
Tunggu punya tunggu, muhammak! Kedengaran bunyi siren dari jauh. Mati-mati aku fikir bunyi siren ambulans atau polis. Sekali aku tengok, rupanya trak bomba. Aku masih fikir lagi, "Oh, ini bukan bomba yang aku panggil ni, mungkin bomba untuk kes lain, bukan kes aku."
Selang beberapa saat kemudian, telefon aku dihubungi pihak bomba dan dimaklumkan mereka sudah tiba di lokasi aku. Ya Allah, rupanya betullah ini bomba yang aku panggil. Astaga dalam hati aku, kenapa sampai begini sekali yang kau hantar? Lengkap dengan helmet segala, pakai glove lagi dan muhammak sekali aku kira, dalam trak itu saja ada 18 anggota bomba. Semua lengkap dengan seragam dan peralatan. Muhammak!
Orang dari dalam kedai CKS, Mr DIY, pasar basah di tepi, restoran semua keluar melihat apa yang berlaku. Punyalah tebal dan merahnya muka aku pada masa itu menanggung malu.
Aku datang ke trak bomba dan mengaku sebagai pengadu yang dan sempat bertanya, "Encik! Kenapa sampai begini sekali? Kunci saja yang tertinggal di dalam kereta dan dalam kereta tiada baby atau budak pun. Rasa bersalah dan rasa menyusahkan pula kalau begini."
"Rilek, kau jangan rasa bersalah. Memang prosedurnya begini. Sebab kes kamu ini masuk dalam kategori kecemasan," kata bomba.
Sampai berbelas orang bah kau hantar, terus kerumun kereta untuk buka. Ya Allah, uii serius lucu eh. Hahaha |
Aku punya blur macam ditampar setan saja muka aku ini. Kecemasan?? Astaga, kunci saja pun yang tertinggal dalam kereta. Hahahaha! Tapi Alhamdulillah selepas tunjukkan kereta parking di mana dan setelah mereka bertungkus lumus membuka, akhirnya kereta aku dapat dibuka.
Selepas bersalaman dengan abang-abang bomba yang handsome, baik-baik, sado-sado yang paling penting lucu-lucu tu semuaa, yang mana ada 18 tangan juga salam. Ucap terima sangat kepada mereka dan mereka pun beredar.
Salute abang bomba. Abang bomba I love you. Terlajak semangat!
Sumber: Taufiq Ahmad