"Ribuan KFC, Pizza Hut & Wang Diberi Untuk 'Beli' Penyokong Najib Di Perlis," Kata Exco PPBM.

Memberikan KFC, Pizza Hut serta ada yang menerima wang tunai RM50, itulah pendedahan oleh Exco Pemuda Parti Pribumi Malaysia, Abdul Hannaan Khairy tentang program Najib di Perlis menerusi Facebooknya hari ini.


"Difahamkan kehadiran PM Najib ke Perlis hari ini ke beberapa kawasan mendapat sambutan yang sangat hebat. Orangnya ramai. Tempatnya meriah. Penuh bendera Barisan Nasional di tepi jalan. 

Penuh juga pelajar sekolah di tepi jalan. Tapi tidakkah menyedihkan politik UMNO Najib ini apabila segalanya bukanlah datang daripada sokongan yang asli," katanya. 


Menurut Abdul Hannaan rata-rata mereka yang hadir diwajibkan menghadiri program tersebut termasuklah arahan diberikan kepada para pelajar sekolah untuk keluar menyambut Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.


"Mengapa saya berkata begitu?

Rata-rata yang hadir adalah penjawat awam. Mereka ini wajib menghadiri program-program tersebut.

Pelajar sekolah yang berada berdekatan dengan laluan PM Najib ini diberikan arahan untuk keluar dan berbaris di tepi jalan. 

Mereka yang hadir juga turut diberikan makanan mewah (as in Perlis) iaitu ribuan kotak KFC dan juga Pizza Hut," tulisnya. 

Malahan ada dikalangan yang hadir menerima wang saguhati RM50.

"Dalam kalangan mereka yang hadir juga diberikan wang sebanyak RM 50.

Bendera BN yang dipasang disekitar Negeri Perlis rata-ratanya dipasang oleh kontraktor yang dibayar. Tidak seperti kelaziman sebelum ini bendera-bendera parti dipasang oleh jentera parti sendiri. 

Persoalan hadir dalam benak hati saya, apakah BN sudah tidak punya harga lagi dalam kalangan rakyat sehingga terpaksa 'mengerah' dan 'menyuap' rakyat supaya hadir," tulisnya lagi.

Untuk rekod, Najib siang tadi dalam rangka lawatan kerja di Perlis. Najib dikatakan terlibat dalam program 'Sembang Bajet' bersama 3,000 pelajar dan dijadualkan merasmikan UTC serta bertemu dengan jentera pentadbiran BN Perlis pada petangnya sebelum berangkat pulang ke Putrajaya. - 13 Mac 2018.


Sumber : Friscomedia