'Saya ditarik keluar dan ditunjal beberapa kali' - Suami dikasari ketika cuba berjumpa dengan lelaki yang didakwa goda isterinya


Susulan viral luahan suami yang mendakwa isterinya curang dengan founder produk selepas diberi keizinan untuk membuat perniagaan online, tersebar pula laporan polis yang telah dibuat oleh si suami. 

"Pada jam 12.40 tengah hari 17 Februari 2018, saya telah pergi berjumpa dengan 'F' berusia 23 tahun berkenaan untuk berbincang mengenai hubungannya dengan isteri saya. 

"Apabila sampai di rumahnya, saya telah berjumpa dengan bapanya yang kebetulan berada di halaman rumah. Saya terus memberitahu bapanya untuk memanggil anaknya keluar kerana mahu berbincang dengannya. 

"Tetapi setelah menunggu lebih kurang 20 minit, 'F' tidak mahu keluar berjumpa dengan saya. Oleh itu, saya terus memaklumkan kepada bapanya dengan menunjukkan bukti-bukti bahawa anaknya mempunyai hubungan dengan isteri saya. Bapanya terkejut dan tertekan dengan perbuatan anaknya.

"Ketika saya sedang bercakap dengan bapanya, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih terus masuk ke kawasan rumah dan seorang lelaki yang tidak dikenali dipercayai rakan kepada 'F' telah turun dari kereta dan terus memarahi saya sambil bertanya,

'Buat apa kat sini? Macam mana cara masuk rumah orang?'

"Belum sempat saya membalas pertanyaannya, lelaki tersebut terus merangkul leher saya sambil menunjal beberapa kali dengan menggunakan jarinya di muka saya serta terus tarik saya keluar dari beranda rumah," katanya dalam laporan polis tersebut yang dibuat pada hari kejadian.


Terdahulu, Zahary merayu agar isterinya kembali ke pangkuannya dan anak-anak dan akan cuba sebaiknya menjaga keluarganya selepas ini. 

Zahary mendakwa isterinya telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan sehingga wanita itu menjalinkan hubungan dengan pengasas produk kecantikan terbabit. 

Bagaimanapun, wanita berkenaan tampil mempertahankan diri dan mendakwa dirinya sudah lama bertahan dengan Zahary. Malah dia mendakwa Zahary terlibat dengan pengambilan dadah dan kaki perempuan. 

Namun begitu ada netizen yang mendakwa sebagai rakan Zahary menafikan dakwaan tidak berasas itu. Netizen juga turut mempertikaikan mengapa si isteri bertindak menutup akaun Facebooknya jika tidak bersalah. 

BERITA BERKAITAN: