Video: Polis Kawal Kediaman DS Najib Razak


Ini satu berita yang diterima melalui laporan dari portal Sinar Harian, Bernama dan Reauters juga Kini TV.

Polis Kawal Kediaman DS Najib

Melalui portal Bernama dikatakan polis ada mengawal di luar kediaman bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak.

Ini kenyataan dari pertal itu:

"Police have begun cordoning off the exit to and from the private residence of former prime minister Najib Abdul Razak at Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur today.

Deputy Sentul police chief Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa, when contacted by Bernama, said officers from the Sentul police station had been stationed there for security monitoring."

Pihak polis hari ini mula mengawal laluan keluar masuk ke kediaman peribadi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa berkata ia dilakukan bagi mengawal keselamatan kediaman terbabit.

Ini komennya: "Anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul telah ditempatkan untuk mengawal keselamatan,"

Tinjauan dari pihak Bernama mendapati lima anggota polis ditempatkan di simpang masuk ke kediaman bekas perdana menteri itu.

Polis turut menempatkan balai polis bergerak selain membuat pemeriksaan ke atas setiap individu mahupun kenderaan yang ingin masuk ke laluan itu.

Difahamkan arahan kawalan keselamatan itu dikeluarkan mulai malam tadi.

Ini videonya:






Rumah Digeledah?

Sementara itu, Reuters ada melaporkan, dikhabarkan pihak polis telah menyerbu sebuah apartmen mewah di Kuala Lumpur dipercayai milik keluarga Datuk Seri Najib Razak.

Kenyataan awal mengatakan ianya bertujuan untuk mencari beberapa dokumen penting berkaitan 1Malaysia Development Bhd.

Tindakan itu dibuat susulan arahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang melarang bekas perdana menteri itu meninggalkan Malaysia selepas disyaki terlibat dalam salah laku skandal.

Polis bertindak sedemikian selepas menerima aduan bahawa terdapat kenderaan milik kerajaan yang menghantar puluhan kotak dipercayai koleksi beg tangan berjenama dan barangan lain milik isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ke apartmen berkenaan.

Bagaimanapun, jurucakap bekas perdana menteri itu tidak dapat dihubungi untuk sebarang komen.

Agensi berita itu berkata, terlihat kira-kira 20 pegawai polis memasuki lobi apartmen di Pavilion Residences ketika Tun Mahathir sedang mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan anggota Kabinetnya.

Turut kelihatan di apartmen berkenaan ialah kakitangan keselamatan dari bangunan itu. Ini komen dari seorang pegawai kanan:

"Kami sedang mencari dokumen kerajaan yang mungkin telah diambil secara haram kerana kerajaan bimbang ia adalah bukti penting dan bimbang dilarikan ke luar negara,"

TERKINI: Namun yang terbaru, Reuters menarik balik la[poran ini dan menyatakan ianya dalah salah faham. Kata Reuters, pihakny atersilap menulis perkataan 'raid' dan menukar kepada rakaman CCTV disiasat.

Pemuda Bersatu, Ben Ali menyatakan memang benar beliau telah membuat laporan polis kira-kira jam 1.30 pagi tadi berkenaan pemindahan barangan berjenama peribadi didakwa milik Rosmah Mansor.