'Bang, raya2 ni simpan lah sikit bodoh tu' - Netizen selar Tun Faisal cuba salahkan kerajaan atas kes telefon meletup


Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan, dilaporkan maut berpunca dari telefon bimbitnya meletup semasa dicas dan lalu menyebabkan kebakaran di bilik tidur mangsa, lapor Free Malaysia Today.

Difahamkan, telefon bimbit itu terlampau panas lalu meletup, mengakibatkan trauma tumpul di belakang kepala yang menyebabkan kematian mangsa. 

"Tilam turut disambar api, namun ketika ini Nazrin sudah pun tidak bernyawa," kata ahli keluarga mangsa. 

Menurut polis pula, Nazrin terperangkap dalam kebakaran di bilik tidur rumah teres dua tingkat dan berkemungkinan meninggal dunia akibat terhidup asap dan badan mangsa juga melecur. 



Sementara itu, penyokong tegar UMNO, Tun Faisal, pula mempertikaikan mengapa kerajaan tidak bertindak dan menyalahkan kerajaan terlalu banyak berpolitik sehingga terlupa tanggungjawab sebagai kerajaan. 

"Kes telefon bimbit meletup, gadget boleh sebabkan kebakaran ini dah berulang kali berlaku. Kerajaan Pakatan buat apa? Senaraikan jenama-jenama yang berbahaya dan tariklah balik dari pasaran. 

"Banyak sangat berpolitik, lupa tanggungjawab sebagai kerajaan," tulisnya di Twitter. 

Dalam tweetnya itu, Tun Faisal juga membuat andaiannya sendiri akan respon kerajaan apabila ditanya mengenai pendirian dan tindakan bagi mengatasi kes seumpama itu. 

"Bila ada tragedi mengakibatkan kehilangan nyawa selepas ini, jika ditanya apakah pendirian atau tindakan kerajaan, mereka akan jawab:

  1. Banyak lagi isu besar yang perlu difikirkan
  2. Ini semua salah kerajaan dulu
  3. Ini salah rakyat sendiri
  4. Menteri tak perlu ambil tindakan sebab bukan salah kerajaan
"Kalau tak faham kerja menteri, janganlah jadi kerajaan. Ambillah tanggungjawab, buatlah kenyataan tentang langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan, rakyat dan industri. Itu pun nak kena ajar? Sepatutnya dah tahu tanggungjawab sebagai kerajaan. 

"Apabila ada insiden mengakibatkan kehilangan nyawa dan berkurangan berulang kali, ia akan menyebabkan kerisauan rakyat. Bila-bila boleh berlaku kepada anda dan keluarga. 

"Bagi geng Pakatan, kerajaan dan menteri tak perlu buat apa-apa sebab itu salah individu, logikkah pemikiran begini?" tulisnya. 

Bagaimanapun, netizen menganggap tweet yang dimuat naik oleh Tun Faisal itu adalah bodoh atau bangang serta tidak berotak kerana cuba menghasut rakyat. Kata netizen, penyokong tegar UMNO itu sepatutnya memberi ruang kepada pihak polis melakukan siasatan. 

"Hallo! Tiada kena mengena telefon meletup dengan kerajaan PH! Otak mana otak? Bagi polis siasat dulu la. Dah berulang dinasihatkan jagan guna phone ketika hendak tidur. Kebarangkalian punca elektrik semua berlaku di sini. Jangan keruhkan keadaan ok! Jangan cepat melatah!" tulis @Adriendarien. 

"Bang, ni kerja sirim bang. Sirim. Ada makan space ketupat dengan rendang ke bodoh Tun Faisal ini memantol-mantol dalam twisder. Kalau mantol, jangan seorang, ajak ler," sindir @qayyumx. 

"Bodohnya. Kes telefon bimbit meletup ini dari zaman BN. Masa dulu kerajaan BN buat apa? Oh lupa, songlap duit bawa balik rumah. U tak dapat ke Tun Fesal? Oh lupa, u macai," tulis @liyanazin. 

Malangnya, tweet balas netizen itu dianggap Tun Faisal sebagai pentaksub kerajaan PH yang membabi buta. 








Ramai netizen yang menyelar tweet yang kurang cerdik berkenaan yang jelas sekali menunjukkan individu terbabit hanya cuba mencari kesalahan dan menunding jari kepada kerajaan baharu.

Netizen juga tidak menafikan bahawa kecerdikan individu seperti ini yang banyak mencemarkan imej UMNO/BN sehingga mengalami kekalahan paling teruk dan memalukan pada 9 Mei lalu.