'Jangan baring bila hidung anda berdarah' - Doktor kata cara itu amat berbahaya


Kebanyakan orang kita terus berbaring apabila menyedari hidung mereka berdarah kerana percaya bahawa, tindakan itu boleh mengurangkan pendarahan berterusan. Tetapi menurut Doktor Shaiful, tindakan itu amat berbahaya. 

Jelas beliau, tindakan itu boleh menyebabkan darah mengalir masuk ke dalam paru-paru. 

JANGAN sesekali baring ketika hidung berdarah. Ini sangat berbahaya kerana berpotensi menyebabkan darah memasuki paru-paru anda. Ingin tahu langkah awal dan betul semasa hidung berdarah? Ikuti bebenang ini. 

Pertama, jangan panik. Pastikan anda dalam keadaan duduk dan sedikit tunduk ke hadapan. Ini bagi mengelakkan darah mengalir ke belakang hidung dan berpotensi memasuki paru-paru anda. 


Kedua, picit bahagian hadapan hidung yang lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk anda sehingga lima minit. Pada masa ini, anda boleh bernafas menggunakan mulut untuk seketika.

Ketiga, ambil ketulan ais yang kecil dan masukkan di dalam plastik atau bungkusan kain, diletakkan pada dahi anda. 

Keempat, sebagai tambahan anda boleh juga kemam ketulan ais yang kecil di dalam mulut untuk membantu mengecutkan salur darah. 

Kelima, jika ada darah yang mengalir di dalam mulut, jangan telan! Ludah keluar. Kebiasaannya pendarahan akan berhenti selepas anda melakukan beberapa langkah di atas. 


Keenam, jikalau hidung anda masih berdarah selepas melakukan kesemua langkah-langkah di atas, segera pergi ke Jabatan Kecemasan di hospital yang terdekat kerana berkemungkinan pendarahan ini berpunca dari perkara yang serius. 

Kongsi dan sebarkan agar memberi manfaat. 

Sumber: Dr Shaiful