Apabila bergelar selebriti, segala tindak tanduk diperhatikan media dan juga peminat-peminat mereka. Sedikit kesilapan yang mereka lakukan, bakal memusnahkan karier mereka jika tidak diatasi dengan segera.
Seringkali kita melihat artis-artis yang sudah menempa nama di persada industri, tiba-tiba diam membisu walaupun dikhabarkan akan muncul di mana-mana kaca televisyen atau acara-acara tertentu. Kontroversi kadangkala menaikkan nama mereka dan kontroversi juga meranapkan karier mereka.
Seorang pengguna Twitter, berkongsikan isu boikot yang terjadi kepada artis-artis di Malaysia. Beliau juga mengaitkan isu Haqiem Rosli yang didakwa mengalami tekanan juga bakal mempengaruhi karier seninya. Tidak ketinggalan, pelakon, dan juga pengarah Ellie Suriati Omar mencetuskan kontroversi apabila dia dan penyokong bekas Perdana Menteri yang lain telah menimbulkan kekecohan di perkarangan mahkamah.
MAKIN menjadi-jadi isu Haqiem Rusli memainkan isu depression dan gimik sampai artis senior sound dia dan juga rakan-rakan artis buka mulut. Adakah Haqiem Rusli bakal mengalami depresi sebenar? Atau akan diboikot? Dengan itu, disajikan top 13 kisah artis dan boikot untuk dijadikan iktibar.
Honourable mentions isu boikot
1. Ning Baizura (25 tahun, 2000): Isu fantasi seks yang diputar belit WPH. Dia sedar diri tak nak keruhkan keadaan walaupun tak entirely guilty.
2. Memey (20 tahun): Isu pemusnah Norman Hakim dan Abby Abadi. Dia berdiam diri dan tak provokatif.
3. Pada tahun 1996, Penyanyi dan komposer M Nasir pula dikatakan telah dilarang untuk bersiaran di televisyen dan radio gara-gara kontroversi mempersoalkan ‘siapa Dr Mahathir”. Kesannya, situasi tersebut telah menjejaskan reputasi dan sumber pendapatannya ketika itu.
4. Fasha Sandha (24 tahun, 2008): melenting kepada WPH (wartawan pondan homo) yg lebih suka gali kisah peribadi banding kerjaya dan Fasha juga ajar WPH cara tulis berita! Akibatnya, dia telah digam daripada coverage akhbar.
5. Faizal Tahir (30 tahun,2008) telah diboikot oleh semua pengamal media kerana telah menanggalkan baju sehingga menampakkan tubuh badannya ketika konsert ulangtahun keempat 8tv. Dia telah digam dari segala kemunculan di mana-mana media dan kerja amal selama enam bulan.
6. Adam Corrie (45tahun) & Ezani (40tahun) (2013)
Ezani telah dikatakan mempersoalkan isu bayaran yang diterimanya daripada RTM dan dia telah diboikot oleh RTM manakala Adam pula diboikot kerana telah menyertai pembangkang semenjak masuk Islam pada tahun 2007.
7. Kaka, (26 tahun, 2015) telah diboikot rakan artis kerana dikatakan punca Tasha Shila dan seorang pemuda terputus hubungan. Akibat daripada peristiwa itu, dia tidak dijemput ke malam berinai Sh. Sakinah (+Sherry, Elfira, Jihan, Marsha, TASHA) walhal join bridal shower kat Bali sebelum isu meletus.
8. Izreen Izminda (33 tahun) telah diboikot oleh netizen kerana dikatakan pemusnah rumah tangga Intan dan Ude. Kesannya, dia telah dikecam di media sosial dan netizen juga memboikot drama yang dilakonkan oleh Izreen Izmida.
9. Fathia Latiff pula diboikot oleh penerbit drama kerana beliau telah tampil dengan imej erotika di bigo live semasa sedang memegang imej bertudung. Dia juga dikatakan lewat ke set lokasi penggambaran. Akibatnya, tawaran belakon kepadanya berkurangan dan watak yang dipegangnya telah digantikan dengan Siti Elizad.
10. Artis paling diboikot dalam sejarah Malaysia menurut pemerhatianku adalah Shila Amzah. Shila dikatakan lupa media tempatan dan melebihkan media asing (China). Dia juga tidak menjemput WPH ke konsert Genting sebab katanya ada syarikat arak sponsor. Bila ND Lala (ayah shila) buat PC untuk explain, dengan alat bantuan mengajar Slide PowerPoint, ND lala kian menyelar salah WPH yang salah. Kesannya dia telah diboikot oleh wartawan akhbar tempatan.
12. Serina Anak Perempuan Chef Wan (35 tahun)telah diboikot oleh pengguna ig/followers ig kerana menzahirkan sokongan kepada BN sempena PRU14 (bapanya pulak all out hentam BN). Kesannya, tempahan kuih raya dan char kuey teow perusahaan sheols dibatalkan dan diboikot.
12. Pelakon, Fazura juga tidak terlepas dengan isu ini. Tindakan pelakon itu yang mengecam komen peminatnya melalui Instagram mengundang kritikan pengguna media sosial. Komen yang ditinggalkan oleh peminat itu yang berbunyi “macam KimK yang depan tu” telah disalah erti oleh Fazura sebagai bahasa kesat. Akibatnya, dia telah kehilangan pengikutnya di Instagram kurang dari 24 jam.
13. Neelofa juga antara artis yang seringkali dikaitkan dengan kontroversi. Pelancaran tudung terbarunya di Zouk pada ketika itu telah menimbulkan kemarahan orang ramai dan mendapat perhatian ramai pihak. Kontroversi itu juga telah menyebabkan jumlah penurunan pengikutnya di media sosial.
Sumber: Jefri Aduba de Janitor