Kes kemalangan yang melibatkan kes langgar lari seringkali dilaporkan berlaku. Kes ini bukan sahaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa, tetapi mangsa juga terpaksa menanggung bebanan kos kerosakan pada kenderaan mereka. Situasi ini juga memberikan gambaran tentang sikap pentingkan diri individu yang hanya melepaskan tangan terhadap kejadian yang berlaku.
Seorang penjaja terpaksa menanggung kesakitan apabila dia terlibat di dalam satu kemalangan jalan raya. Dia merupakan mangsa kes langgar lari dan sehingga ke hari ini, pemandu terbabit tidak dapat dikesan. Akibat daripada kemalangan tersebut, mangsa hanya terlantar dan memerlukan rawatan yang tinggi.
Oleh yang demikian, Kuan Chee Heng merayu kepada pengguna jalan raya agar menjadi individu yang bertanggungjawab menyelesaikan kes kemalangan yang berlaku agar tidak membebani orang lain pada masa akan datang. Beliau juga menggesa agar pemandu jalan raya mengubah sikap menjadi seorang pemandu yang berhemah.
KALAU KAU SEORANG PEMANDU, BACALAH. TAK PAYAH DAN JANGAN LARI WAHAI PEMANDU MALAYSIA
BELIAU dilanggar lari dan ditinggalkan untuk mati di atas jalan raya. Beliau, Chee Cheong Fun, hanya seorang penjaja bertungkus lumus seperti saya dan mencari sedikit sisa rezeki di tepi jalan untuk menyara anak perempuan berumur 13 tahun, yang mempunyai kecacatan minda dan seorang isteri.
Satu keluarga yang susah hidup dan menyewa rumah flat di Flat Seroja Puchong. Beliau bukan orang kaya dan beliau telah dilanggar lari. Pemandu terbabit tidak berhenti dan tiada laporan polis yang dibuat. Polis cuba mengesan pemandu terbabit, namun gagal berbuat demikian.
Wahai tuan/puan dan semua pemandu Malaysia, bayangkanlah kalau kejadian yang berlaku kepada Chee Cheong Fun ini juga berlaku kepada kita, anak-anak kita, kawan-kawan kita, saudara kita. Marilah kita berubah sikap. Kalau terlanggar orang, kita berhenti dan ambil tindakan yang bertanggungjawab. Kita serahkan kepada pihak insuran kita untuk tanggung.
Kini beliau hanya mampu terlantar sahaja. Isteri tak boleh kerja, anak beliau pula kurang sihat. Tiada insurans claim kerana tiada orang yang mengaku dan bertanggungjawab di atas apa yang berlaku. Isterinya terpaksa merayu dan meminta sedekah setiap bulan untuk menanggung rawatannya.
Wahai pemandu Malaysia, marilah kita berubah menjadi pemandu yang bertanggungjawab. Setidak-tidaknya kalau kita langgar apa-apa pun, gentlemanlah. Buatlah laporan polis. Biar pihak insurans kita yang tanggung. Tiada guna jika kita beli insurans dan kita cabut lari selepas melanggar orang. Kalau ini adalah ahli keluarga sendiri, macam mana pula kau akan rasa?
Beliau kini terlantar, tak boleh makan, membuang air besar perlu dicebuk orang, makan menggunakan tiub dan kos untuk rawatan seumur hidupnya amat besar.
Kau boleh lari dari dunia, tetapi di akhirat nanti kau akan tetap dituntut. Jadilah seorang pemandu yang bertanggungjawab. Ubahlah sikap kita, jadilah pemandu yang bertanggungjawab.
Ini hari dia, hari kita jangan pula kita yang terlantar nanti dan terkapai-kapai. Biarlah pihak insurans yang selesaikan masalah kita. Terima kasih kerana membaca.
Sumber: Kuan Chee Heng