'Kenapa abah nak buat sampai camtu? Aku bukan anak dia...' - Kasih seorang bapa tiri ini buat netizen rasa sebak


Kasih ibu membawa syurga, kasih bapa sepanjang masa. Walaupun seorang anak telah diberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang dari seorang ibu, dia tetap dahagakan kasih sayang seorang bapa. Kehadiran seorang bapa adalah sebagai pelengkap kepada kehidupan anak-anak.

Tetapi, siapa sangka walaupun hanya menumpang kasih dari seorang ayah tiri, layanan dan keprihatinan diberikan melebihi kasih sayang bapanya sendiri.

AidielEskandar berkongsikan di Twitter kisah mengenai ayah tirinya yang dianggap sempurna di matanya. Beliau juga meminta pengguna Twitter agar membantunya mengesan bapa tirinya itu yang sudah dapat tidak dikesan selepas kematian ibunya. Selepas statusnya mendapat beribu kicauan, dia mula mendapat tahu bapa tirinya sudah meninggal dunia.

INTRO dulu lah. Bapak tiri aku ni aku panggil abah. Dia bekerja sebagai anggota  polis (tak tahu la sekarang dah pencen ke). Dia kahwin dengan ummi aku masa aku umur around 2 years old. Dia ni garang! Aku takut gila dengan dia.


Garang dia ni boleh sampai tahap baran, tapi apa yang aku nak cerita kat sini bukan pasal seorang bapak tiri yang suka dera anak tiri dia, tapi kisah seorang "bapa"

Aku masih ingat lagi aku masa darjah 1, first day sekolah, aku ni bukan anak kandung dia (of course la en), tapi abah happy gila tengok aku pergi sekolah. Abah tunggu aku kat sekolah one day. layaknya seorang bapa kandung abah layan aku, ajar aku berdikari kat sekolah masa first day.

Abah bangun pagi setiap hari hantar aku. Setiap hari tak ada rasa jemu. Pernah sekali tu abah amik aku lambat, aku nangis. Then my hero datang pujuk aku macam anak dia sendiri! Belikan jajan sebab nak pujuk aku. Kenapa abah nak buat sampai macam tu? Aku bukan anak dia.


Ada lagi masa aku sekolah rendah,aku kena buli. Bekal aku kena makan setiap hari. Balik rumah je aku nangis. I’m such a cry baby. Dia risau gila tengok aku, dia datang sekolah jumpa budak tu and nasihat, sanggup dia masuk kerja lambat sebab aku. Aku ni siapa.

Masa aku sakit, dia punya risau tu kalah ummi aku, masa aku kena denggi dia sanggup masuk kebun cari pucuk betik sampai demam. Demam dia dahlah semput. Abah sanggup balik kerja, pergi meniaga sebab nak sara aku dengan ummi aku.

Walaupun susah nak besarkan aku, tak pernah pun abah mengeluh. Abah stay dengan kitorang (aku dan ummi). Abah la orang paling happy bila aku dapat result exam cemerlang. Dia belanja aku macam-macam! Abah terlalu baik sampai aku tak tahu pun dia tu bapak tiri aku.


Tapi setiap kisah indah tak semestinya ada pengakhiran indah kan? Jodoh abah dengan ummi tak panjang. Diorang bercerai masa aku darjah 4. Aku sedih sangat. Rindu dekat dia. Dia je bapak yang ada dalam otak aku. Bapak kandung aku? Dia tak teringin pun nak tengok aku membesar.

Even dah cerai ummi still bawak aku jumpa dia. Tapi, sejak ummi meninggal masa aku darjah 6 aku lost contact dengan dia. Aku tak jumpa dia. Tak tahu dia hidup lagi ke tak. I really miss you abah.

Boleh tak aku nak mintak tolong korang cari abah aku yang aku rindu ni. Kalau family dia ternampak tweet ni, please, i really want to meet him. Mohd khir Johari nama dia. Tolong.

TAK SEMPAT NAK UCAP SELAMAT TINGGAL

Assalamualaikum. Kepada semua yang mengikuti kisah aku ni seperti yang aku cakap malam tadi tak semua kisah indah akan berakhir dengan indah, abah dah meninggal tahun lepas sebab sakit (tak dimaklumkan sakit apa) dan aku tak sempat pun nak cakap selamat tinggal.

Teringin jugak nak peluk dia gaiss. Tapi tak apa bukan rezeki aku kan nak buat macam mana. So kepada yang nak sangat tengok aku jumpa or pergi kubur dia. Sorry, sampai sini je aku boleh tau pasal dia. Aku boleh terima. Aku tetap bersyukur.