'Kerja kat kantin, belajar sampai SPM je ke?'


Kos hidup yang semakin meningkat memaksa setiap individu melakukan apa-apa jua jenis pekerjaan walaupun seseorang itu mempunyai pendidikan yang tinggi.

Tetapi, ada sesetengah masyarakat yang menganggap jika berpendidikan tinggi, individu tersebut seharusnya mempunyai pangkat yang tinggi dan bekerja di pejabat bukannya di kedai-kedai serta restoran. Dan ada juga yang menganggap jika bekerja di sektor peruncitan seumpamanya golongan ini hanyalah berpendidikan SPM sahaja. 

Walau apa pun pendidikan atau pekerjaan seseorang, kita tidak perlu menghina kerana rezeki itu di tangan Tuhan.

Aliff Haqeeme melalui status di Twitter berasa kecewa dengan sikap seorang guru yang memperkecilkan status kakaknya yang bekerja di kantin sekolah. Guru tersebut pada mulanya menyangkakan pendidikan kakaknya hanyalah SPM, tetapi apabila kakak kepada Aliff Haqeeme mula mengatakan dia mempunyai ijazah, guru tersebut mula diam dan berasa malu dengan tindakannya itu.

AKU kerja kantin tau dekat satu sekolah rendah ni with my big sis. So, one day of work ni ada cikgu tu baru lepas makan. So dia pergilah ke kaunter nak bayar. Then she asked the boss, "mana budak baru tu, nak interview sikit". Then my sister show up.

Secara sempoi and rude cikgu tu tanya, "Belajar sampai SPM je ke?".


Then my sister just jawab, "Eh taklah. Tengah tunggu praktikal, baru habis degree". Then that teacher continues, "Amek course apa?", then my sis cakap "International Affairs and Law Studies"

Then cikgu tu macam 'apa benda tu?'. So, my sis cakap studies tu about parliament, law, and stuff related to that. Terus terdiam cikgu tu. Then she just left with her stupid face feel ashamed of herself because judging people too quick. Shame on you lah cikgu

Just nak cakap, hidup ini janganlah rasa diri tu tinggi sangat. Ada yang lebih tinggi pangkat dan tahap pembelajaran. Jadi janganlah hina and pandang rendah orang kerja kantin, McD, KFC and especially cleaner. You don't know their background so you need to shut up.


Boleh je kalau nak tahu kita ni belajar sampai mana. But janganlah tanya "belajar sampai SPM je ke?". Macam manalah murid sekarang eh manners dia kalau cikgu pon xde manners. Muhasabahlah diri. You can properly ask "Baru habis belajar ke? Belajar kat mana?".

Moga bermanfaat.