Viral di media sosial kisah budak tahfiz menjadi mangsa buli pelajar senior mengundang pelbagai reaksi netizen yang kesal kejadian buli masih berleluasa.
GUYS, cuba bayangkan 20 orang budak tahfiz bawah 13 tahun kena kejut tengah-tengah malam (memandangkan ustaz dia tak ada sebab pergi Kuala Lumpur, kemudian pelajar-pelajar senior berumua 17 dan 18 tahun suruh mereka buka baju apa semua dan pakai seluar pendek sahaja.
Kemudian mereka semua disuruh masuk ke dalam satu kolah. Selepas keluar dari kolah, diorang pakat pukul budak-budak itu. Ada budak kecik kena sepak sampai terpelanting.
Adik aku kena sepak terajang sampai tisu koya kdan lebam di mata sebab kena tumbuk. Macam setan perangai.
Selepas diorang tumbuk, sepak dan terajang budak-budak itu, diorang jirus budak-budak itu dengan air batu. Siapa melawan ke, menangis ke, kena pukul lagi.
Siap cakap, "Jangan berani lari keluar tahfiz atau beritahu mak dan ayah".
Kemudian hari ini kebetulan pula ibu dan ayah aku pergi tahfiz nak ambil adik sebab dia ada appointment dengan doktor gigi. Adik aku masuk saja kereta terus menangis trauma.
Bila ayah aku pergi berjumpa dengan budak itu, dia boleh cakap, "Saya pukul di kaki je".
WTF! Kau memang nak mampus ke bodoh! Aku sekali pun tak pernah buat adik aku macam tu. Kau rasa kau siapa nak buat adik aku macam tu?!!!
So tak payah nak marah kalau orang stereotype kata budak tahfiz ini banyak budak bermasalah. Konon pagi petang siang malam belajar Al-Quran apa semua, pastu sanggup pukul budak kecil yang memang tak kuat langsung nak lawan kau balik? Setanlah namanya tu.
Oh ya, selepas ayah aku bawa adik aku pergi hospital untuk x-ray apa semua, ayah call ustaz dia nak cakap apa yang berlaku. Boleh bayangkan tak ustaz itu tak ada langsung rasa bersalah mahupun meminta maaf. Dia siap beri amaran pada ayah aku lagi.
"Jangan bawa anak tahfiz saya keluar tanpa kebenaran daripada saya! Kalau tak, tak payah datang tahfiz dah!"
Selepas mendengar kata-kata ustaz itu, ayah aku apa lagi, terus balik ke tahfiz itu semula dan ambil barang adik aku dan terus bawa balik ke rumah. Dia ingat orang hadap sangat nak hantar anak dekat tahfiz dia tu? Bodoh betul, tak tahu bertanggungjawab ke?
Mak dan ayah hantar anak ke tahfiz sebab nak suruh diorang belajar Al-Quran, bukan nak suruh kena dera ke, nak trained jadi askar ke apabenda ke. Konon masa daftar itu, suruh serahkan tanggungjawab jaga dan didik anak pada dia. Oh macam itu ke cara kau mendidik? Baik tak payahlah ustaz.
Aku tau macam mana nak didik adik aku. Tak payah nak pukul-pukul, bodoh.
Ramai yang tanya tahfiz mana. Aku ingat nak beritahu tetapi ayah kata tak payah sebab macam mengaibkan nama tahfiz. Ayah kesian tetapi aku tak kesian pun, geram masih ada lagi.
Difahamkan, bapa mangsa tidak membuat laporan polis berhubung kejadian itu kerana masih ada rasa kasihan pada ustaz dan budak-budak yang membuli anaknya itu. Malah berpendapat, mereka perlu diberi peluang lagi.
Sumber: @arafmohamad