Seorang wanita mengalami kerugian sebanyak RM710 selepas diperdaya oleh scammer yang kononnya secara tidak sengaja mendaftar nombor telefon mangsa di akaun banknya.
Menurut Piteghah, dia mengakui apa yang berlaku itu berpunca dari kecuaiannya sendiri yang terlalu cepat mempercayai individu yang tidak dikenali itu.
"First of all, memang salah saya. Yelah, cepat percayakan apa yang orang suruh, saya buat. Tetapi nak buat macam mana kan? Benda dah jadi. Nak buat apa pun dah tak boleh.
"Scammer ini serius berbahaya guys. Dia boleh tahu maklumat kita. Itu pentingnya berhati-hati.
"Selepas ini kalau ada nombor yang memang tidak dikenali, sila delete atau sekat terus pun tak apa. Sekurang-kurangnya tak adalah menyesal," katanya.
Piteghah berkata, dia pada awalnya memang berniat mahu membantu individu berkenaan, tambahan pula individu itu seperti terdesak.
"Mula-mula saya niat nak tolong saja sebab nampak macam penting sangat. Yelah, siap call bagai. Pagi-pagi dah la mamai. Nasib tak jawab panggilan. Selepas itu dia mesej, WhatsApp, nampak macam terdesak sangat.
"Selepas itu, dengan sekelip mata RM710 saya lesap weyh!
"Tuhan saja yang tahu macam mana perasaan saya, sendu dalam bas. Masa nak pergi ke kelas pula tu," katanya.
Mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan dia dinasihatkan untuk membuat aduan kepada pihak bank untuk tindakan yang seterusnya.
Bagaimanapun kata pihak bank. mangsa mungkin tidak akan mendapat semula wangnya itu.
Justeru, mangsa menasihatkan orang ramai berhati-hati bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berlaku.