'Struggle betul jantan ni pakai heels sampai timbul urat kaki'


Pernah ditegur banyak kali oleh pelbagai pihak termasuk para ilmuan agama, tetapi pemuda ini seperti tidak pernah mahu berubah menjadi insan yang baik dari terus dikecam netizen di media sosial. 

Nama Faiz Roslan kembali menjadi bahan kutukan netizen berikutan gaya pemakaiannya baru-baru ini yang dilihat keterlaluan sehingga memalukan diri. 

"Macam ini punya kasut, kalau aku pakai baru nak berdiri pun dah jatuh," tweet Fatihah Ishak di Twitternya yang turut menyertakan gambar Faiz dengan rakan-rakannya yang berpakaian seperti wanita. 


Lebih memalukan lagi, Faiz dirakam hampir terjatuh dalam siaran langsung Wanita Hari Ini (WHI).


Terdahulu Kerajaan Negeri Kelantan dilaporkan akan mengenakan denda maksimum RM1,000 atau penjara sekurang-kurangnya enam bulan atau kedua-duanya sekali bagi lelaki yang disabitkan kesalahan kerana berpakaian seperti perempuan atau memondan di tempat awam. 

Netizen menyambut baik tindakan kerajaan negeri itu dan juga berharap Kerajaan Persekutuan juga melaksanakan tindakan yang sama bagi membendung golongan berkenaan dari terus membiak di muka bumi.

BERITA BERKAITAN: