Gadis digantung sampai mati kerana melawan 3 suspek yang cuba merogolnya


Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun diserang dan dibunuh oleh sekumpulan remaja lelaki yang cuba merogolnya, lapor The Times of India

Suvita, 15, dari Uttar Pradesh sebelum kejadian itu berlaku, dalam perjalanan pulang dari sekolahnya selepas dan dihampiri tiga suspek yang mula mengejar dan cuba merogolnya. 

Mangsa kemudian digantung pada sebatang pokok dengan skaf yang dipakainya selepas mangsa mengambil tindakan untuk melawan suspek. 

Difahamkan, Suvita ketika kejadian itu sudah hampir sampai ke rumahnya dan abangnya yang berada ladang keluarga mereka terdengar suara jeritan Suvita, dan dia terus bergegas ke arah adiknya. 

Apabila dia ternampak adiknya digantung pada pokok, dia berlari untuk menyelamatkan Suvita. Malangnya tiga suspek terbabit menghalangnya dari mendekati Suvita, malah dia juga turut dibelasah. 

Tidak lama kemudian, Suvita mati di tempat kejadian. 

Lapor The Sun, tiga suspek terbabit telah ditangkap oleh orang kampung dan menyerahkan mereka kepada polis untuk ditahan. Sementara itu, laporan bedah siasat menunjukkan mangsa tidak dirogol. 

Kes itu masih disiasat oleh pihak polis. Keluarga mangsa pula mahu menuntut keadilan untuk Suvita.