(Video) 'Weh dah kenapa tetiba ada missile pulak tu' - Pengantin baru kecewa video kahwin hancur, tapi videographer pula kata unik


"Ya Allah, beriku ketabahan," demikian luahan kekesalan seorang wanita yang kecewa dengan hasil kerja videographer yang dilantiknya untuk merakam majlis perkahwinannya baru-baru ini, yang ternyata hasilnya tersangat berada di 'luar jangkaan'. 

Menurut Farah, meskipun kecewa, dalam masa yang sama dia juga turut terasa geli hati dengan hasil suntingan video tersebut yang dianggap oleh pihak videographer sebagai 'unik'. 

"Boleh pula masa laki sisi nak lafaz akad nikah, dia bubuh lagu Metallica guys. Macam mana aku nak sabar weh!" katanya. 








Semakan di YouTube, video itu telah ditonton lebih 405,601 kali dan 4,858 komen yang mendapat pelbagai reaksi netizen. 


Farah juga ada menghubungi videographer berkenaan dan meminta dia buat suntingan semula video tersebut dengan ikhlas. Ini kerana pakej yang dilanggan bukanlah harga beratus ringgit, tetapi beribu. 

Namun, videographer itu mengatakan video tersebut unik, dengan alasan bahawa bukan semua editor boleh menghasilkan video animasi seperti itu. 



Netizen juga terkejut melihat hasil kerja yang diberikan oleh videographer itu, malah dua lagu yang dimasukkan dalam video itu jelas sekali tidak bersesuaian. 

"Weh! Video kahwin apa macam ni? Gambar blur, tak ada flow, lagu merepek. Lepas itu claim unik? Entah apa-apa la macam ni. I cannot brain, video kahwin kot?" kata netizen.