'Perangai budak rumah sewa aku' - Ulat melimpah keluar dari mangkuk makanan basi


Adab duduk di rumah sewa, para penghuninya harus bersama-sama menjaga kebersihan dan keselesaan masing-masing. Tiada alasan untuk tidak berbuat demikian kerana sejak dari kecil lagi kita sudah dididik untuk mengutamakan kebersihan. 

Alasan duduk di rumah sewa tidak perlu begitu tegas, bukanlah satu keputusan yang baik. Sebagaimana orang lain melihat diri kita, keadaan bilik kita, rumah kita, maka itulah yang orang akan nilai pada keperibadian kita. 

Namun, ada segelintir manusia yang entah di mana akal fikirannya, terlalu gemar hidup dalam keadaan yang kotor. 

"Perangai budak rumah sewa aku. Tried so hard tak nak label budak negeri itu. Tetapi memang perangai pengotor.

"Sudah tegur banyak kali. Nak cari rumah sewa yang tak kongsi ni susah. So I have to just bear with it," tulis Eva Ameera di Twitternya. 



Menurut Eva, sebelum ini dia pernah menegur rakan serumahnya itu, tetapi respon sebaliknya yang diterima, membuatkan dia pasrah menerima keadaan seperti itu. 

"Dia pernah cakap pergi berambus kat Eva. Nak tegur macam mana lagi? Malas nak gaduh, masing-masing dah besar. Kita pun ada limit tegur berapa kali, dah patut faham kan," tulisnya. 

Sementara itu, netizen memohon dia bersabar dan tidak kurang juga mencadangkan Eva mencari tempat tinggal yang lain dari terus hidup dengan penghuni yang tidak tahu menjaga kebersihan seperti itu. 

"Diorang punya otak fikir, 'Aku bayar sewa, suka hati aku nak buat apa!'. Ditegur nanti akan ada yang menjawab, 'Kau sibuk apahal? Pergi matilah! Ada aku kisah?'. End up, kalau tak tahan, kita akan kemas atau keluar dari rumah itu. Orang seperti ini tak ada ayat nak label sebagai apa," respon tweet dari KakNis.