Baru saja menginjak usia remaja, namun masa depan gadis ini telah diragut oleh ayah tirinya. Bermula dari meraba, akhirnya lelaki itu menjadi semakin berani dan mula merogol anak tirinya ketika itu berusia 15 tahun.
Mangsa diugut tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa kerana jika berbuat demikian, ayah tirinya akan bercerai dengan ibu mangsa. Bimbang dengan ugutan itu, mangsa terpaksa akur kerana tiada pilihan.
Mangsa hanya berani menceritakan kejadian itu kepada kakaknya baru-baru ini, sebelum membawa ibu saudaranya membuat laporan polis yang membawa kepada penangkapan suspek. Baca pendedahan dari Syed Azmi Alhabshi di bawah.
KES semalam, penderaan seksual. Dicabul ayah tiri sejak 2012 (13 tahun) hingga tahun ini (19 tahun). Laporan polis telah dibuat baru-baru ini dan hari ini kes dibawa ke mahkamah.
"Dia (ayah tiri) ditugaskan kejut saya ke sekolah setiap pagi. Pada 2012, ketika saya berumur 13 tahun, tingkatan satu, dalam keadaan saya tidak sedar, beliau telah meraba buah dada saya dan kejadian ini berlarutan sehingga 2013.
"Saya tidak menceritakan perkara ini kepada sesiapa kerana pada ketika itu pemikiran saya masih belum matang.
"2014, ketika di tingkatan tiga, saya sedang tidur di atas lantai bilik. Adik beradik tidur di bilik sendiri dan ibu balik ke kampung. Ayah tiri ada kunci pendua bilik saya dan pintu dibuka tanpa saya sedari.
"Saya hanya menyedari ketika merasakan ada sesuatu yang menghempap badan saya. Saya cuba menjerit, tetapi dia menutup mulut saya agar tidak memberitahu hal itu kepada sesiapa. Dia membuka seluar saya dan melakukan hubungan seks tanpa kerelaan saya.
"Kes ini berlarutan sehingga kali terakhir dia memperlakukan saya seperti itu pada 26 Ogos 2018.
"Tanpa pengetahuan sesiapa mahupun adik beradik dan ibu, dia selalu buat ketika ibu keluar berniaga atau balik kampung. Dia pernah cakap, jangan beritahu kepada ibu kerana mungkin akan membawa kepada penceraian.
"Kenapa baru sekarang saya buat laporan? Sebab saya tidak tahan diperlakukan sebegini. Pernah saya lewat datang haid, dia akan tanya dan menyuruh saya minum air Coca Cola atau air nenas. Kalau air mani tak pernah dibuang dalam, selalu nampak di kain yang dibawanya. Jika pernah (tak berapa ingat) terlepas air mani, cepat-cepat dia korek supaya keluar kembali.
"Pada 28 September 2018, jam 10 malam, saya memberitahu kakak saya mengenai hal ini. Kakak menyuruh saya melakukan rutin harian seperti biasa. Pada keesokan harinya, saya pergi kerja seperti biasa. Jam 3 petang, kakak mengajak saya lari ke rumah makcik dan kami tiba di sana kira-kira jam 6 petang dan kami mengambil masa sehari untuk berfikir.
"1 Oktober 2018, barulah saya mengajak makcik saya buat laporan di Balai Polis Simpang Empat. Ibu saya kata, dia keluar tak tahu apa-apa. Adik-adik dua orang sekolah, seorang lagi adik dijaga oleh jiran buat sementara.
"Ibu saya tahu selepas dihubungi oleh polis dan alhamdulillah dia menyebelahi pihak saya. Keluarga sebelah ayah tiri marah, tetapi makcik dan kakak mempertahankan saya. Ayah tiri ditahan reman selama tujuh hari pada awalnya, tetapi ditambah 14 hari selepas itu."
Saya dah baca laporan polis dan menemubual mangsa. Maklumat terakhir tadi katanya, tertuduh akan dihadapkan ke mahkamah. Harap semuanya okey. Tolong doakan.
Saya faham dia tertekan dengan banyak persoalan mengapa dia merahsiakan kejadian itu untuk tempoh masa yang agak lama. Saya minta dia bertenang, tetapi apa yang penting ialah saya percayakan dia dan biar undang-undang yang menentukannya.
I am grateful to the police for helpung victims like her. Thank you.
Small Lamb.