Senarai 467 kawasan Selangor terlibat masalah gangguan air 72 jam bermula 9 Oktober


Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) mengumumkan empat daerah iaitu Petaling, Hulu Langat, Sepang dan Kuala Langat dan kawasan sekitarnya akan mengalami masalah gangguan air selama 72 jam bermula 9 hingga 11 Oktober 2018. 

Gangguan air itu akan menjejaskan 476 kawasan dan 342,000 pengguna di kawasan yang disenaraikan. 

Difahamkan, gangguan air itu disebabkan beberapa kerja penggantian peralatan di Loji Rawatan air Sungai Semenyih). 















Kerja-kerja penggantian akan bermula pada jam 9 pagi dan dijangka berterusan selama 12 jam. Oleh itu, gangguan air dijangka berlansung antara 35 jam dan 72 jam dan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 12 Oktober. 

Selepas kerja-kerja penggantian peralatan siap dan loji beroperasi semula, proses meningkatkan paras kolam-kolam yang terlibat serta meningkatkan tekanan dan aliran di sistem agihan akan berlangsung bagi proses pemulihan berperingkat. Tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terlibat berbeza dan bergantung kepada lokasi geografi dan altitud premis pelanggan. 

Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya untuk tempoh tersebut. 

Pihak SYABAS juga akan menempatkan 80 tangki statik di kawasan kritikal seperti sekolah, masjid dan pangsapuri. 


SYABAS juga akan menghantar 62 tangki air ke kawasan terjejas dan 10 tangki besar akan ditempatkan di beberapa lokasi yang ditetapkan. Di samping itu, sekitar 20,000 botol air minuman lima liter juga akan diberikan semasa gangguan bekalan air.