Individu yang tidak diketahui namanya itu menjelaskan, kejadian itu berlaku di 7 Eleven di selatan tanah air, bengang dengan tindakan kakitangan wanita terbabit yang dianggapnya tidak profesional.
Menurutnya, belum pernah dia berdepan dengan situasi seperti itu di mana-mana cawangan kedai tersebut, malah menegaskan kakitangan wanita itu tidak sepatutnya bekerja di situ jika enggan menjual minuman tersebut.
Bagaimanapun, rakan sekerja wanita itu tampil menenangkan keadaan dan cuba menjelaskan rakannya itu sudah mengambil air wudhuk, tambahan dia masih baru bekerja di situ.
Tidak dinyatakan bagaimana kakitangan wanita itu bercakap dengan pelanggan berkenaan di mana lelak itu mendakwa dia bersikap biadab apabila bila mana dia berkata minuman itu adalah haram dan dia tidak dapat mengimbas harga dan menjualnya kepada pelanggan terbabit.
"Beli beer, dia cakap tak boleh pegang, tak boleh scan. Boleh ke macam ni? Mana boleh buat macam ni bang," kata pelanggan terbabit.
"Dia sudah ada air wuduk, air sembahyang," jelas kakitangan lelaki.
"Umur saya dah 40 tahun, tak pernah dengar orang cakap macam ni. Berapa 7 Eleven saya dah pergi tau. Kenapa dia boleh cakap macam tu?
"Kenapa you buat macam ni? Sebab sini banyak bangsa yang datang. You datang interview, memang ada barang macam ini dijual," kata pelanggan itu lagi.
Sementara itu di media sosial, netizen berpendapat hal itu sepatutnya diperbesarkan. Ada yang bersetuju pekerja itu sekurang-kurangnya mengimbas harga minuman tersebut, sementara yang lain berkata pelanggan itu sepatutnya lebih memahami wanita itu dan agamanya.