Empat mangsa yang maut adalah seorang bapa bersama anak lelakinya berusia 11 tahun dan pasangan suami isteri yang baru berkahwin.
Tang Zengfu, 45 dan anaknya sudah tidak bernyawa ketika ditemui oleh bomba.
Dalam kejadian jam 2.30 petang Ahad lalu, ruangan pejalan kaki itu secara tiba-tiba runtuh dan menyebabkan empat mangsa terjatuh ke dalam lubang tersebut.
Wanita yang terperangkap di dalam lubang itu, Mou Biqing, 23, berjaya ditemui pada jam 12.10 pagi Isnin dan dikejarkan ke hospital, malangnya meninggal dunia ketika dalam perjalanan.
Pada jam 9.36 pagi, suaminya, He Menglong, 22, ditemui dan menerima nasib yang sama iaitu mati ketika dalam perjalanan ke hospital. Pasangan itu dikatakan baru saja berkahwin empat hari yang lalu.
Sementara itu, Tang dan anaknya berasal dari Fushan, baru saja membeli telefon bimbit baru untuk menghubungi anak sulungnya yang bekerja sebagai polis.
Menurut anaknya itu, dia sedang bertugas ketika itu dan tiba-tiba panggilan terputus sebelum dia dimaklumkan bapa dan adik bongsunya maut terjatuh dalam lubang tersebut.