Kepala remaja dipenggal kerana tolak ajakan jiran untuk buat hubungan seks


Remaja perempuan berusia 13 tahun dibunuh dan dipenggal kepalanya hanya kerana enggan melakukan hubungan seks dengan jirannya, lapor Daily Mail. 

Menurut polis, mangsa diserang oleh suspek dikenali sebagai Dinesh Kumar di sebuah perkampungan kecil berhampiran Attur di daerah Salem, Tamil Nadu. 

Sebelum kejadian itu berlaku, mangsa anak kepada pasangan buruh ada mengadu mengenai tindakan suspek yang memujuk dia melakukan hubungan seks, tetapi ditolak beberapa kali menyebabkan lelaki itu bengang lalu membunuh mangsa yang berasal dari keluarga kasta rendah itu. 

Jurucakap polis kanan, Ponkarthik Kumar berkata, mangsa telah dibunuh dengan kejam dan siasatan sedang dijalankan. Suspek juga telah ditahan dan akan didakwa di bawah Akta Jenayah Kejam 1989. 

"Remaja itu dibunuh dengan kejam. Siasatan masih lagi dilakukan manakala suspek sudah ditahan polis," katanya.

Polis bagaimanapun menolak dakwaan mengatakan lelaki itu mengalami masalah mental ketika dia menyembelih mangsa dengan sabit.