'Awak patut berambus dari Ipoh' - Lelaki ini dimarahi pemandu teksi sebab tempah Grab Car


"Inilah pemandu teksi yang paling teruk di dunia!" demikian kata seorang lelaki yang kesal dengan sikap biadab seorang pemandu teksi yang melemparkan kata-kata tidak baik terhadapnya hanya kerana lelaki ini memilih untuk menggunakan perkhidmatan Grab berbanding teksi. 

Menurut Adam, kejadian itu berlaku di Stesen KTM Ipoh, di mana ketika itu dia bersama dengan isteri dan juga dua orang anaknya cuba mendapatkan perkhdimatan Grab di ruangan mengambil penumpang sebelum didekati pemandu teksi terbabit. 

"Ketika saya sedang cuba untuk tempah perkhidmatan Grab di kawasan mengambil penumpang di Stesen KTM Ipoh, pemandu teksi ini datang dan bertanya tentang destinasi saya. 

"Saya maklumkan kepadanya destinasi saya dan dia berkata harga tambang untuk ke destinasi itu RM22. Saya kata, "Wow! Mahalnya". 

"Kemudian dia beri harga tambang istimewa iaitu RM20, tanpa saya minta. Ingat, saya tak pernah mendekati dia, dia yang datang pada saya.

"Saya menolak dan memaklumkan saya mahu menggunakan perkhidmatan Grab Car yang hanya mengenakan caj tambang RM4. Pemandu teksi itu terus marah dan melemparkan kata-kata seperti berikut: 
  1. "Awak tidak sepatutnya berdiri di kawasan ini dan menempah perkhidmatan Grab. Awak patut tempah di tempat lain! (Ketika itu hujan. Isteri dan anak lelaki berusia 5 tahun dan bayi berusia 1 tahun juga ada bersama). 
  2. "Awak patut berambus dari Ipoh"
  3. "Awak kepala botak dan hodoh" 
  4. "Awak nampak hodoh dengan cermin mata awak" 
  5. "Mungkin awak boleh suruh adik awak hisap kemaluan saya" 

"Saya mengakui pada ketika itu dia menghalau saya dari kawasan itu. Saya mula mempertahankan diri saya tetapi saya positif yang saya tidak menghina agama, bangsa atau penampilannya. Sebaliknya saya hanya mengundurkan diri daripada bertindak bodoh di depan anak-anak saya. 

"Namun pemandu teksi itu masih berterusan menunjukkan isyarat lucah biarpun kami sudah jauh. Saya hanya ketawa kerana ia melucukan. 

"Lelaki ini adalah pembuli, rasis, tidak berhati perut dan memalukan bangsa. Saya hanya sempat merakam beberapa gambar teksi itu kerana Grab Car yang saya tempah telah sampai. 

"Saya tidak akan datang ke Ipoh lagi. Hahaha. Saya sangat kecewa. Saya akan buat laporan polis, buat aduan kepada SPAD (jika mereka masih wujud) dan JPJ," katanya.