'Ok sis tak tipu, sumber dipercayai ni' - Netizen ucap tahniah pada Pekin dan Mona Allen


Viral di media sosial gambar pelakon, Pekin Ibrahim dikatakan telah selamat bernikah dengan pasangannya, Mona Allen. 

Menurut sumber, perkhabaran itu diperoleh dari bapa saudara kepada suaminya yang pernah berurusan dengan Pekin sebelum ini. 

"Betul yang, sebab uncle hubby kita funder filem Pekin dulu. So diorang memang rapat. Baru nikah tadi. 

"Tadi masa makcik send dekat group pun kitorang ingat diorang shooting je. Sekali betul-betul daa. Hahaha! Tak pernah tahu pun diorang bercinta," kata sumber. 


Sementara itu semakan di Instagram Pekin, masih tiada kemaskini mengenai pernikahan itu berbanding Instagram Mona yang mula mendapat perhatian netizen. 

"Congrats if the news true @mona.allen," kata netizen. 

"Betul ke sis dah nikah dengan Pekin? Tahniah," kata seorang lagi netizen.