Berang disebut gila, suami bunuh isteri yang baru dinikahinya 5 hari lalu


Berang disebut gila, seorang lelaki berusia 32 tahun tergamak membunuh wanita yang baru dinikahinya lima hari lalu. 

Dalam kejadian yang berlaku pada Ahad 20 Januari 2019 di Lampung Timur, Indonesia, Junaidi, 32, tidak berpuas hati dengan tindakan isterinya, Alika Setia Lestari, 16, yang mengata dia gila. 

Difahamkan sebelum kejadian itu berlaku, mangsa yang baru saja dibawa pulang ke rumah suaminya, meminta untuk dihantar pulang ke rumah ibu bapanya. Suspek bagaimanapun menolak kerana kepenatan dan rasa tak sedap badan. 

Tidak puas hati permintaannya ditolak, mangsa menjadi marah dan mengasak-asak lelaki itu segera menghantarnya pulang. Akhirnya pasangan itu bergaduh dan berakhir dengan pembunuhan. 

Siasatan awal mendapati, suspek mencekik leher isterinya sebelum dikelar dengan sebilah pisau di rumah ibu bapa mangsa. 


Polis kini masih menjalankan siasatan bagi mengetahui motif sebenar suspek. - Liputan 6