Berdasarkan gambar yang dimuat naik itu menunjukkan ada perkataan 'liberal' yang digunakan dalam Rukun Negara. Individu terbabit pula menyifatkan Kerajaan PH hari ini adalah kerajaan liberal.
Malangnya, perkongsiannya itu mengundang kecaman netizen yang menganggap individu itu tidak memahami maksud liberal dalam kebudayaan.
"Liberal dalam kebudayaan bermaksud, keterbukaan unuk menerima kepelbagaian dalam budaya dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia.
"Liberal dalam agama, lain. Contohnya kalau orang Islam tidak solat, tak puasa, minum arak atau murtad, maka keterbukaan untuk itu tidak boleh," kata Sidan.
"Maksud liberal dalam itu tidak sama dengan maksud liberal yang dibawa oleh golongan libtard dalam Malaysia. Tolong teliti semula maksud liberal," kata Mohd Naimul Firdaus.
Meskipun sudah ramai yang menegur kesilapan itu, individu berkenaan masih enggan membuang gambar tersebut dari terus dikongsi oleh netizen yang percaya dengan dakwaannya yang tidak berasas itu.
Orang ramai dinasihatkan tidak terus menerima maklumat yang tidak diketahui kesahihannya. Sebaliknya lakukan sedikit kajian dan selidik maklumat tersebut sebelum dikongsikan di media sosial.