'Sepatutnya aku spend time lebih dengan mama, tapi aku lebih pentingkan awek dari mak sendiri' - Luahan anak rindukan arwah ibunya


Benarlah kata orang, hargai ibu bapa kita selagi mereka masih ada. Luangkan masa bersama mereka, bahagia dan gembirakanlah mereka sehabis boleh. Ini kerana, selepas pemergian mereka, hidup kita akan berubah 100 peratus. Tiada lagi tempat kita nak mengadu atau berkongsi cerita. 

Sebak membaca luahan anak muda ini. Semoga perkongsian ini dapat mengeratkan kembali hubungan anda dengan ibu bapa anda. 

SEPATUTNYA aku spend time lebih dengan arwah mama dan WhatsApp dia selalu. Dan bila dia WhatsApp pun, patutnya aku layan dia dengan betul. Tapi tak, layan macam nak tak nak dan masa itu lebih pentingkan awek dari mak sendiri. I'm so stupid. Hmm.. I miss you mom. 

Suka tengok bila arwah my mom hantar WhatsApp macam ni dulu. 



Apa yang aku faham, bila parent kita meningkat usia, mereka jadi macam kita dulu-dulu, masa kecik. Minta itu ini. Sekarang bila dah besar, kita kena layan diorang pula macam mana diorang layan kita waktu kecik-kecik dulu. 

Bagi saja apa yang diorang minta dan bagi saja selagi mampu supaya diorang happy. Kalau dah terlambat, percayalah korang akan menyesal gila macam aku. Rasa nak patah balik masa dan buat macam-macam supaya parent kita happy. 

Benda yang paling aku tak boleh adalah, my mom craving 'cibiuk' makanan Indonsesia dan kedai itu ada di Kajang. Rumah saya di Puchong. So dalam 40 minit juga nak drive dari Puchong ke Kajang. Dan masa itu semua adik beradik aku tak ada di rumah. 

Jadi, dia minta tolong aku bawa pergi Kajang, just untuk makan kat cibiuk. 

At first aku malas sebab jauh dan aku nak main Dota. But then aku fikir balik, "Apa salahnya bawa mak aku pergi makan sekali sekala dan abang dengan kakak aku tak ada. So, kenapa aku tak tolong, kan?" 

So lepas dah makan di situ, masa dalam perjalanan pulang ke rumah, my mom pandang muka aku dan dia cakap, "Terima kasih tau bawa mama pergi makan." 

Tau tak apa aku rasa? Aku rasa happy sangat sebab dapat bawa mak aku pergi makan dan tengok muka dia happy. Tuhan saja tau macam mana perasaan aku masa tu. 

Lagi seperkara yang aku tak boleh lupa adalah, masa aku masuk PLKN. Aku dapat kat Indera Pahlawan, Maran, Pahang. Dari rumah aku nak pergi kem PLKN ambil masa beberapa jam jugalah perjalanannya. 

Ada satu hari itu, masa hari melawat. My parent tak dapat datang sebab my parent selalu juga datang untuk melawat. My mom mengadu kat ayah aku yang dia rindu aku, nak jumpa aku. So ayah pun bawalah my mom datang ke kem PLKN semata-mata nak tengok aku. 

Then selepas beberapa minggu tak jumpa dan masa itu weekend. Bila weekend kan kita dapat pegang phone. Jadi, aku saja call my mom nak tanya khabar dia, sihat ke? Dah makan belum? Macam mana kat rumah? Okey ke tak? Macam-macam aku tanya my mom. 

Borak punya borak, tiba-tiba aku dengar suara my mom macam sedih, macam sayu saja. Like tiba-tiba! Then aku tanya my mom, "Mama okey tak? Asal macam menangis?". Nak tahu my mom reply apa?

"Mama rindu Iman. Iman takde kat rumah, rumah jadi sunyi. Mama nak jumpa Iman." 

Allahu, selepas tu aku dengar my mom menangis, aku pun menangis teresak-esak. Sedih gila bila my mom cakap macam tu. 

Sekarang my mom dah tak ada. Lagi sunyi rumah aku. Bukan few weeks, bukan few months, tetapi selama-lamanya. 

Ini gambar masa my mom melawat aku dan dia nampak happy gila bila jumpa aku. 


Sekarang, pagi-pagi dah takde orang kejutkan aku dan ajak pergi breakfast macam my mom selalu buat. 

"Iman, bangunlah. Mama lapar ni. Teman mama pergi breakfast." 

Orang tua ni bila diorang semakin berumur, perangai diorang akan berubah menjadi seperti budak-budak. Diorang akan craving macam-macam dan minta macam-macam kat korang. 

Korang sebagai anak kenalah bagi apa yang diorang nak sebab masa inilah korang kena berbakti dengan diorang sebaik mungkin.