(Video) Dua beradik maut dikelar penagih dadah


Dua kanak-kanak maut dikelar oleh seorang lelaki dalam kejadian di Kampung Sungai, Yan, malam tadi. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid berkata, kejadian itu berlaku pada jam 11 malam di mana suspek (berusia 48 tahun) yang dipercayai mengamuk telah menyerang seorang lelaki terlebih dahulu sebelum masuk ke rumah mangsa. 

"Kanak-kanak perempuan, 4, dan bayi lelaki, 1 tahun 2 bulan, yang berada dalam bilik bersama ibunya kemudian diserang suspek sebelum dikelar," katanya. 

Susulan kejadian itu, polis berjaya menahan suspek dan siasatan awal mendapati, suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan dadah. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.