(Video) 'Wife baru je lepas bersalin anak pertama, tapi si suami...' - Suami kantoi curang di KLIA


Viral di media sosial video yang menunjukan pasangan kekasih melakukan perbuatan yang tidak senonoh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 

Berdasarkan video 1 minit 24 saat itu, pasangan terbabit tidak menyedari perbuatan mereka bercumbuan dan si perempuan meraba alat sulit kekasihnya dirakam oleh orang awam yang berada berhampiran. 



"Amende sial kat public area berani buat macam ni? Sumpah memalukan. Yang rakam pun kenapa tak ambush dari jauh? Biar dia malu, lari dia dari situ. Geram sial eyaaii!" kata netizen. 

Bagaimanapun, pasangan berkenaan telah dibuang serta-merta setelah pihak majikannya mengetahui perbuatan mereka yang tidak senonoh itu viral di media sosial. 

Apa yang menyedihkan ialah, si lelaki terbabit sebenarnya sudah berkahwin dan isterinya baru saja bersalin anak pertama.