'Dia makan nasi dengan kuar air mineral je'


"Terjumpa orang negara luar.. makan nasi dengan kuar air mineral je," demikian tweet pengguna Twitter yang kemudian viral meluas di serata media sosial mengundang pelbagai reaksi netizen. 



Ketika menyelusuri komen-komen warga netizen, ada dua komen yang menarik perhatian ramai. Ada yang bersetuju, ada juga yang sebalik. Tetapi tidak dinafikan bahawa penganiayaan seperti itu sememangnya berlaku. 



Usahlah membabitkan bangsa dalam hal ini kerana perbuatan yang dilakukan itu adalah dilakukan oleh manusia atau individu, bukan semuanya bersikap zalim seperti itu. Baik Melayu, Cina, India dan bangsa-bangsa bumiputera lain, ada yang baik dan juga sebaliknya. 

Dalam hal seperti ini, adalah penting untuk mendidik diri sendiri agar tidak diperdaya oleh golongan bertuhankan duit dan gemar mengambil kesempatan terhadap orang susah.