Keputusan SPM 2018 akan diumumkan pada 14 Mac ini


Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 akan diumumkan pada 14 Mac ini. 

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini berkata, calon boleh menyemak keputusan itu di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi. 

Sementara itu, keputusan SPM calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan. 

Selain itu, calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2018 melalui mySMS15888 yang akan diaktifkan bermula jam 10 pagi 14 Mac 2019 dan akan ditamatkan pada jam 6 petang 20 Mac 2019. 

Keputusan SPM 2018 juga boleh disemak melalui laman web Lembaga Peperiksaan (LP) di alamat sppat.moe.gov.my/semakan.