Nak buang kutu dengan petrol, alih-alih rambut pula yang terbakar


Rambut seorang remaja perempuan terbakar selepas dia cuba mencuci rambutnya dengan petrol untuk membuang kutu. 

Mangsa, Gozde K, berusia 16 tahun itu terdahulu dimaklumkan oleh rakannya bahawa petrol boleh membantu dia mengatasi masalah kutu rambut. 

Bagaimanapun, selepas menggunakan petrol pada rambutnya, dia secara tidak sengaja tersentuh alat pemanas dan menyebabkan rambutnya terbakar. 

Kejadian yang berlaku di Erzincan, timur Turki itu menyebabkan keseluruhan badannya terbakar dan melecur. 


Bapanya, Erdal, yang terdengar jeritan itu terus bergegas membawa anaknya ke bilik mandi untuk memadamkan api yang membakar tubuh anaknya sebelum menghubungi pihak ambulans untuk menghantar mangsa ke hospital. 

Mangsa kemudian ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk rawatan lanjut. 

Erdal yang juga terbakar di tangan ketika menyelamatkan anaknya juga dirawat di hospital yang sama. 



Susulan kejadian itu, rakan dan kenalan Erdal melancarkan tabung bantuan di media sosial untuk mengumpul dana bagi membantu kos perubatan remaja terbabit. 

Sumber: Mirror