Pelajar tertidur dengan earphone di telinga, bila bangun telinganya pekak sebelah


Bagi yang gemar mendengar muzik dari telefon bimbit menggunakan fon telinga sehingga tertidur, anda mungkin perlu berfikir untuk berbuat demikian selepas membaca kejadian yang baru berlaku pada seorang pelajar universiti ini. 

Seorang pelajar universiti dilaporkan pekak sebelah telinga selepas tertidur sambil memakai fon telinga ketika mendengar muzik. Salah satu fon telinganya terjatuh ketika tidur, jika tidak dia berkemungkinan pekak kedua-dua belah telinga.

Dalam kejadian di Taiwan itu, mangsa mengadu mengalami masalah itu selepas salah satu fon telinga masih berada di telinganya hingga pagi. 

Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana tidak mengalami kecacatan kekal di mana telinganya pulih selepas lima hari mendapatkan rawatan di Asia University Hospital di Taichung. 

Menurut Pengarah Jabatan Otorhinolaryngology hospital tersebut, Dr Tian Huiji berkata, aliran darah dalam badan manusia akan menjadi perlahan ketika tidur. 

Keadaan itu juga menyebabkan telinganya tidak dapat menerima bunyi muzik terlalu kuat dan boleh menjadi punca seseornag itu hilang pendengaran secara tiba-tiba. 

Beliau juga menasihatkan orang ramai yang mengalami masalah itu segera mendapatkan rawatan bagi mengelakkan kecacatan kekal.