Remaja perempuan 16 tahun diratah 5 lelaki, buat laporan polis selepas ibunya ternampak 'love bite' di leher


Polis menahan lima lelaki selepas seorang remaja perempuan berusia 16 tahun membuat laporan polis berhubung tindakan lima lelaki terbabit mengambil kesempatan melakukan hubungan seks ke atasnya. 

Tiga pelajar sekolah menengah, seorang penganggur dan seorang penjual air mineral masing-masing berusia antara 16 hingga 20 tahun ditahan sepasukan anggota Balai Polis Kangkar Pulai bermula jam 11.30 malam tadi, untuk membantu siasatan. 

Lapor Harian Metro, remaja berkenaan merupakan anak tunggal dan tinggal dengan ibunya selepas kematian bapa.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku di rumahnya ketika ibunya tiada di rumah. 

Siasatan awal mendapati, remaja perempuan itu mula melakukan hubungan seks dengan semua suspek selepas tamat peperiksaan PT3, Oktober 2018. 

"Tahun lalu, seorang suspek yang juga kawan lelaki remaja berkenaan bersama dua sepupunya mengambil dan menghantarnya pulang ke rumah di Kangkar Pulai di Iskandar Puteri. 

"Mereka mengajak remaja terbabit melakukan hubungan seks dan ia berlaku dengan kerelaan remaja itu sendiri. 

"Sejak kejadian itu, dia melakukan hubungan seks dengan dua lagi lelaki dengan kesemuanya seramai lima orang.

"Kali terakhir remaja itu melakukan hubungan seks dengan dua daripada lima suspek iaitu 2.30 petang Jumaat lalu dan kira-kira jam 1 petang kelmarin, ibu remaja itu ternampak kesan lebam (love bite) pada lehernya. 

"Dia kemudian menceritakan apa yang berlaku sebelum ibunya bertindak menyuruhnya membuat laporan polis," katanya. 

Lima suspek terbabit tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan mereka kini direman selama empat hari sehingga Khamis ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.