(Video) 'Inilah yang kau dapat bila bagi tip 89 sen' - Staff delivery celup testikelnya dalam sos salsa pelanggan


Video seorang lelaki mencelup testikelnya pada sos salsa yang dipesan oleh pelanggan dari sebuah restoran Mexico di Maryville, viral di media sosial menimbulkan rasa jijik netizen. 

Ekoran 'kecerdikannya' itu, Howard Matthew Webb telah ditahan dan didakwa di mahkamah. 

Berdasarkan video viral itu, Howard bertindak mencelup testikelnya pada sos salsa pelanggan hanya kerana tidak berpuas hati dengan pelanggan terbabit yang memberi tip sebanyak 89 sen untuk perjalanan yang memakan masa 30 minit. 


Video itu dirakam oleh rakannya dan kemudian dimuat naik ke media sosial. 

Dalam rakaman itu, rakannya ketawa dan berkata, "Inilah yang kau dapat bila kau bagi tip 89 sen untuk perjalanan yang hampir memakan masa 30 minit". 

Howard kemudian membalas, "Oh! Sedapnya...." 

Susulan video viral itu, Howard ditahan, manakala rakan sekerjanya dipecat serta-merta.


Di mahkamah, Howard mengaku bersalah di atas perbuatannya itu dan hakim menjatuhkan hukuman penjara selama 9 hari dan tempoh percubaan 60 hari, selain diwajibkan untuk menghadiri sesi pemulihan alkohol dan dadah selama 90 hari selepas pendakwa raya bersetuju untuk meringankan hukumannya. 

Ketika hukuman dijatuhkan, Howard tergelak dan hampir saja mensabotaj perjanjian itu. Hakim yang terdengar kemudian berkata, "Saya tak rasa pun perkara ini comel atau kelakar. Ia menjijikkan!" 

Sumber: Daily Mail