(Video) 'Saya asah sabit dan kelar leher ibu' - Berang disuruh hantar makanan ke masjid, anak sembelih ibunya


Tergamak seorang anak lelaki menamatkan riwayat ibunya sendiri dengan sebilah sabit dalam kejadian pada jam 10 pagi di Desa Madumulyoreja, Jawa Timur, Indonesia, semalam. 

Suspek, Rozikin, 28, ditahan selepas menyembelih wanita yang menjaganya sejak 28 tahun lalu, yang dipercayai berang dengan mangsa yang membebel berikutan dia enggan menghantar makanan ke masjid. 

"Ibu membebel sejak malam kerana saya tidak mahu menghantar makanan ke masjid. Suruh orang lain kan boleh, budak-budak lain juga ramai. Kenapa hanya saya sahaja disuruh? Dia membebel tak berhenti-henti," katanya. 

Menurut Rozikin, dia langsung tidak menyesal dengan perbuatannya itu, malah berasa lega kerana tiada lagi yang akan membebel di telinganya. 


"Saya biasa sahaja, mengapa mahu menangis? Saya tidak menyesal, malah lega kerana tiada siapa lagi yang mahu membebel dengan saya. 

"Hati saya panas, saya mengasah sabit dan terus mengelar leher ibu yang sedang duduk di ruang tamu," katanya.