'Acu tolong aku' - Isteri hilang selepas keluar mencari kerja


Seorang wanita berusia 31 tahun dilaporkan hilang sejak Isnin lalu setelah keluar dari rumahnya di Padang Serai, Kedah, untuk mencari pekerjaan. 

Siti Muzirah Che Mat terdahulu memaklumkan kepada suaminya, Muhammad Zaki Ahmad, 35, mahu keluar untuk mencari kerja, tetapi sehingga kini masih belum pulang ke rumah. 

"Isteri saya belum pulang ke rumah dan gagal dihubungi. Puas saya dan keluarga mencari dia tetapi tidak jumpa," katanya. 

Namun sehari selepas laporan dibuat, Siti Muzirah ada menghubungi adiknya yang meminta pertolongan dan meminta adiknya menghubungi dia semula. Malangnya nombor telefon Siti tidak dapat dihubungi. 



Menurut sumber, anak-anaknya menangis mencari ibu mereka dan meminta sesiapa yang ada ternampak atau mempunyai maklumat mengenai Siti Muzirah untuk tampil menghubungi adiknya di talian 01124142520.