Bila dah berkahwin, pasangan terutamanya isteri selalu cuba menarik perhatian suaminya agar dia meluangkan masa untuk melayani atau mendengar luahannya. Namun dalam kes ini pun, si suami yang dahagakan perhatian isterinya di Facebook.
Ceritanya, pengadu hairan mengapa isterinya jarang menekan butang like pada setiap post di Facebooknya.
ASSALAMUALAIKUM Min. Sorry min, aku nak buat confession. Aku harap min sudilah siarkan.
Aku nak tanya, pasal bini aku. Aku peliklah, kenapa eh bila aku post story atau news feed kat Facebook, dia tak pernah like?
Kalau lelaki lain, dia like. Aku nampak kat post kawan lelaki dia, ada nama bini aku like. Kenapa eh? Post aku tak lalu kat dia punya wall ke? Story pun sekali je dia seen.
Aku nak tanya, kalau betullah post aku tak lalu kat dia punya wall, macam mana nak buatkan kita punya post ada kat dia punya wall?
Please jangan kecam kenapa aku tak minta terus je kat dia untuk like post aku. Agak-agaklah, nanti nampak macam aku tagih attention. Aku nak dia notice aku everywhere, everytime. Itu saja, ok min.
Netizen juga meluahkan masalah yang sama di mana kebanyakan wanita berkata, mereka sudah puas menarik perhatian suami di Facebook, tetapi berakhir dengan unfriend kerana tiada respon.
Sumber: Kisah Rumah Tangga