Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3 petang di Jalan Persiaran Senawang 1, Seremban, Ahad lalu, dua wanita yang berada dalam Perodua Alza itu cedera selepas kereta mereka merempuh pokok dan masuk longkang.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Rosli Ishak berkata, dua mangsa yang berada di tempat duduk penumpang hadapan dan belakang cedera di bahagian kaki dan badan, manakala pemandu dan seorang lagi penumpang selamat.
Ketika kejadian, Perodua Alza yang dipandu lelaki berusia 35 tahun itu menuju ke Kuala Pilah dari Senawang.
Bagaimanapun, Mercedes Benz yang dipandu wanita berusia 25 tahun itu cuba memotong Alza dari sebelah kanan lalu menghimpitnya menyebabkan Alza terbabit terbabas ke sebelah kiri.
Dapat dari WhatsApp group dengan ayat "VIRALKAN TUAN/PUAN KURANG AJAR INI KERETA WDY 1832"— Zat (@zatpiko) April 8, 2019
Korang tengok la sendiri video ni. pic.twitter.com/3I1ThRnMMn
Pemandu Mercedes itu tidak memberhentikan kenderaannya, sebaliknya terus meninggalkan tempat kejadian.
Kedua-dua pemandu telah membuat laporan polis dan pemandu wanita itu sudah ditahan semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.